Showing posts with label Blog Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Blog Tutorial. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

Red Velvet Cupcake

Salam buat semua,
Akhirnya tercapai juga hajat dihati nak buat red velvet nie. Dah lama simpan resepi selepas mencari gali dlm google. Walaupun kek ni dah lama popular dan kiranya saya antara yang lambat mencuba, tetap tak mematahkan semangat nak buat dek kerana baby dalam perut (heheh) teringiiiin sangat nak makan red velvet buatan mak dia sendiri.
Resepi nya biasa2 saja sebab kebanyakan yang saya jumpa dalam internet ni cam lebih kurang jer. Maybe ada beza 2-3 benda saja. ini resepi yang saya guna untuk RV cubaan pertama. Masih ada banyak versi resepi kek ini yang menunggu giliran untuk dicuba. Insyaallah ...kalau diizinkan ...


Red Velvet Cupcake
Adapted from Cupcakes

Ingredients :
2 1/2 cups sifted cake flour
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon salt
2 tablespoons unsweetened cocoa powder
2 oz. red food coloring (two bottles) or 4 oz beet juice (if you use unprocessed light cocoa you can leave out the food dyes and you'll get a warm red/brown color)
1/2 cup unsalted butter, softened
1 1/2 cups sugar
2 eggs, at room temperature
1 teaspoon vanilla extract
1 cup buttermilk, at room temperature
1 teaspoon white vinegar
1 teaspoon baking soda

Method :
1. Preheat oven to 350 degrees. Line two 12-cup muffin tins or silicone pans with cupcake liner.
2. Sift together the cake flour, baking powder, and salt into a medium bowl and set aside. In a smaller bowl, mix food coloring and cocoa powder to form a thin paste without lumps and set aside.
3. In a large bowl, using a hand mixer or stand mixer, beat butter and sugar together until light and fluffy, about three minutes. Beat in eggs, one at a time, then beat in vanilla and the red cocoa paste, scraping down the bowl with a spatula as you go.
4. Add one third of the flour mixture to the butter mixture, beat well, then beat in half of the buttermilk. Beat in another third of flour mixture, then second half of buttermilk. End with the last third of the flour mixture, beat until well combined, making sure to scrape down the bowl with a spatula. 5. In a small bowl, mix vinegar and baking soda. Be careful as it will fizz so don't do it in a shallow bowl. Add vinegar mixture to the cake batter and stir well to combine.
6. Fill cupcake cups with cake batter until they are a little under 3/4 full. I ended up with 20 cupcakes. Place muffin tins in your preheated oven. Bake for approximately 20, rotating pans halfway through. The cupcakes are done when you are able to pat the tops and the cake springs back up. If it sinks down they are not yet complete. Or you can insert a toothpick into the center of a cupcake in the center of the tin and if it comes out clean they are done!
5. Cool the cupcakes in their tins on a wire rack for 10 minutes then remove and allow to cool completely before frosting.
Tips : 

When making red velvet,  always mix the cocoa powder and liquid red food coloring together to form a paste.  Doing this seems to evenly disperse the red color when it gets mixed into the batter.  If your cocoa is lumpy, mash it into the food coloring with a fork.

Cream cheese topping
Adapted from MyResipi
125 gm cream cheese
1/2 cawan butter ( lebih sedap guna unsalted)
1/2 cawan gula icing
1 sudu besar perahan lemon

Selamat mencuba....



Tuesday, October 18, 2011

Delivery Hamper Raya 2011

Salam pembaca semua,
Dah lama saya berhajat nak masukkan gambar2 hamper raya aidilfitri yang lalu, yang sempat kami rakam sebelum dihantar kepada pelanggan. Pun begitu,  banyak jugak yang tak sempat kami snap dek kerana mengejar masa supaya semua tempahan selamat tiba mengikut tarikh seperti yang diminta pelanggan. Bila siap pack..terus masuk kereta...

Tapi takpe..saya kongsikan jugak lah mana2 gambar hamper yang ada ye...


This order is the biggest order/project that we ever got so far(almaklum laa...company kami nie kecik jer..hehe) ..Tetapi, syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana memberi rezeki ini kepada kami. This hamper worth RM100. Semua items nya adalah dari Mark & Spencer...senang citer...permintaan khas dari pelanggan kami...ahaa...custome design gituuu. Berhempas pulas jugak le kami menyiapkan projek ni... 450 hamper! tetapi alhamdulillah...dengan izinnya, berjaya dihantar kepada pelanggan seperti yang dijanjikan...(harap2..ada le rezki lagi tahun depan yek...)
Aahh..yang ini gambar hamper sebelum di shrink wrap...

Yang di bawah ini pulak, menggunakan barangan dari mark & Spenser jugak, cuma packaging berbeza. Company yang sama, tetapi lain2 department.

Kalau nak tengok my hamper collections for year 2011, sila lawat Pesona Creations Gifts & Hampers ye...(more pics...selepas ini...)

Resepi Sup Ketam

Salam semua,
Agak lama mendiamkan diri dek sibuk melayan hamper raya. Kali ni, saya kembali ke blog yang dah bersawang ni. Kita cerita pasal makan2 la pulak ye.

Sebelum bulan puasa yang lepas, kami sekeluarga sempat merehatkan diri kat pantai port dickson. Dah alang2 kat sini, kami cari le restoran ikan bakar. Agak jauh juga JJCM ni sampai ke melaka. Kata suami, dulu dia pernah makan sup ketam yang sedap kat restoran situ (dah lupa nama restoran tu). Aiseh...kalau dia kata sedap tuh..kena la cuba rasa pulak..ye dak.

Oleh kerana suami ambo suka makan sup ketam dan dia beli ketam segar plak...dan-dan tu la ambo selak gerobok pakcik-makcik google untuk resepi sup ketam. Walaupun orang kata pejam mata pun boleh buat sup ni, tapi saja je ambo intai2 resepi2 chef blogger untuk mencari kelainan. Hasilnya jumpa la resepi dari blog Cikmin yang buat hati terpaut. Dah inilah hasilnya...anak2 n somi cakap..sodapppp. Tq cikmin kerana kongsi resepi....




Resepi Sup Ketam Ala Cikmin
Sumber : Cikmin (minta maaf ye cikmin, ambo copy paste je resepi u sbb malassss sangat nak taip kat sini)

Bahan2 :
4 ekor ketam – dibukak cengkerang atas dibersihkan dan potong 2
(bahagian jejari ketam tu kita boleh ketuk2 dengan lesung, senang nak makan nanti)
3cm halia – hiris halus
4 ulas bawang putih – ditumbuk halus
5 ulas bawang merah – ditumbuk halus
1 sudu teh lada hitam – ditumbuk halus
Rempah tumis 4 beradik (kulit kayu manis + bunga lawang + cengkih + buah pelaga)
Karet – potong ikut suka
Batang Celery – dihiris menyerong
Cendawan Shitake – direndam seketika, bersih dan hiriskan
Serbuk Knor Pasti Sedap
Garam secukup rasa
Air – untuk kuah sup
Hirisan daun bawang
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah 4 beradik bersama bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau dan kekuningan.
2. Masukkan air ikut banyak mana yang kita mahu.
3. Setelah air mendidih, masukkan batang celery,karet atau boleh tambah kentang jika suka.Setelah sayur agak layu, masukkan cendawan shitake dan baru masukkan ketam.
4. Masukkan serbuk knor pasti sedap, garam secukup rasa dan renehkan seketika sehingga ketam masak sepenuhnya.Angkat Sup Ketam kedalam mangkuk, taburkan hirisan daun bawang.


Wednesday, May 11, 2011

Congo Bars

Semalam, selasa 10 may, hari lepas gian "membakar". Mana tak nya, 3 jenis kek siap pada hari yang sama. Sementelah pulak lama betul shutdown oven dek kerana melayan door gift tu. Oven plak macam dok seru-seru jer soh guna dia. hehehe...suddenly terjumpa gambar congo bars yang cantik kat blog Arah, hati terus terpaut. Oleh kerana sume bahan yang di senaraikan dalam resepi tu ada dalam gerobok dapur, ambo tak tunggu lama, terus amik tindakan. Betul bagai dikata, congo bars ni sedap sangat laaaa...sampai tak leh berhenti ngap..ngap. Lebih2 lagi masa tengah suam-suam tu, hmmm heaven betul tekak ni. Jom layan gambar...(kasi u all terliur..hehe)
 Sempat pulak si sarah, bawak bekal ke sekolah...suka nya hati sebab habis licin, katanya cikgu pun turut sama makan n puji sedap. Tima kasih le tuan punya resepi yer.

Bukan setakat tu jer, si kecil amili pun sibuk yum..yumm..

Congo Bars
Sumber : Arah
Resepi Asal : Rima Singapura
Bahan2:
  • 2  3/4 All purpose flour (saya guna tepung naik sendiri)
  • 2  1/2 tspn baking powder
  • 1/2 tspn salt
  • 2/3 cup butter (softened)
  • 1lb light brown sugar (453gm, tapi saya guna hanya 300gm aje - ikut selera la senang citer)
  • 3 eggs
  • 1 tspn vanilla
  • 11.5 ounce milk chocolate chips ( lebih kurang 326 gm)
  • 1 cup chopped pecan (pilihan saya ialah walnut)
Cara masak(sorry ambo copy paste je dari blog arah sebab malas nak type kat sini)

By mixer:
Sift flour, baking powder and salt in a large bowl. Set aside.
Combine butter and sugar using a mixer until blended.
Add eggs, one at a time to sugar mixture, mixing on low in between each addition.
Add vanilla and mix.
Add flour and mix until combined.
Stir in chips and then pecans.

By hand:
Sift flour, baking powder and salt into a large bowl. Set aside.
Stir brown sugar into softened (not melted) butter in another large bowl until butter disappears. You can use the back of your spoon to help incorporate the two together.
Add eggs one at a time to butter mixture and stir well after each egg.
Add vanilla, chocolate chips and nuts. Mix well.
Add dry flour mixture and stir until well combined.

Coat a 13 X 9 pan with non-stick spray and spread batter evenly into dish.
Bake at 170 degree for 30 minutes or until top is golden brown. Make sure you don’t over bake.

Simple kan bahan2 dan cara buat nya?...so, kalau rasa tak leh tahan tu...jangan tungu-tunguu...jom ke dapur...

Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu

Salam buat semua,
Meskipun dah terlepas hari, tetapi ambo tetap nak ucap selamat hari ibu buat semua wanita bergelar ibu dan jugak bakal menjadi ibu. Ambo ni tak pandai menyusun ayat2 power sebagai nak menunjuk penghargaan buat mommy tersayang, tetapi memang tiap2 hari ambo hadiahkan dia al-fatihah(tak semestinya untuk yang dah pergi aje - yang masih hidup pun boleh juga).

Khas untuk bonda Esah binti Ibrahim, i love soooo much and anakanda doakan bonda bahagia dunia dan akhirat (sebenarnya panjang berjela, tapi cukuplah sumbit request kpd yang esa buat bonda..malulah nak tulih sume kat sini..nanti orang cakap riak pulak..hehehe)

Saturday, April 23, 2011

Kelas Macarons



Salam sejahtera,
Waaahhh seronok betul dapat join kelas macarons kat Piqa Bakery kat Klang. Selama ni dok buat macaron main pakai acu cube try test saja, tapi kali ni dapat belajar dengan orang yang pakar, baru rasa puas hati. Semangat dan keyakinan nak buat macarons makin bertambah setelah mendapat tunjuk ajar oleh Sifu kita Kak Nomie. Banyak tips2 berguna yang sometimes tak dak kat dalam buku.




Erm satu lagi kan...susah nak cari buku rujukan kat malaysia berkenaan macaron, even kalau  cari kat kedai2 buku utama pun, lum tentu ada . Tapi ada kawan yang sama belajar bagitau, ada satu kedai kat KLCC ada jual buku macarons ni. Anyway, menurut sifu Nomie, kita boleh beli buku macarons dari bookdepository.com (free delivery). Anyway, kat Amazon.com pun ada gak(aiseehhh..tengah ada offer..cuma US10.19 jer - ada pic kat bawah). Boleh beli yang 2nd hand..masih nampak cam baru.

Ambo nak cari buku nie. Mad about Macarons oleh Jill Colonna.

Insyaallah kalau ada rezki dan berkesempatan...
Oooww..kepada yang nak belajar wat macaron ni, boleh le join kelas macarons kak Nomie kat sini!
Alamak..sorry le gambar tak berapa nak jelas sangat sebab terlupa bawak my dlsr, tapi dapat jugak le snap pic pakai my blackberry jer..tak brapa cun....

Tuesday, April 12, 2011

Koleksi Petua Dapur

Salam sejahtera untuk semua pembaca budiman,
Tetiba terjumpa majalah wanita lama dalam gerubuk comel ambo. Ada yang menarik nak dikongsikan iaitu bab petua untuk surirumah tangga...alaaahh bukan surirumah pun boleh gak sebab petua2 lama ni boleh digunapakai oleh sesiapa pun ..nak menyenangkan keje kita..ye dak?..jom tengok

1. Tip Mengurangkan bau PETAI
Wah...ini salah satu ulam feberet ambo, tapi bau nya ..makk aaai. Ok, cara nak atasi bau nya yang kaww...kaw tu, rendam petai yang telah di siap potong ke dalam air beras selama sejam. Pastu bersihkan seperti biasa sebelum makan.

2. Tip mengilatkan sudu garpu
Rendamkan sudu garpu dalam air asam jawa selama satu jam kemudian keringkan dengan menggunakan kain lembut. Bila dah kering, sapukan sedikit minyak masak dan jemur seketika. Selepas itu laplah sudu garpu anda dengan kain kering.

3. Cara Membersihkan perut lembu.
Untuk penggemar kerabu perut lembu, ini adalah berita baik. Susah juga nak cuci perut lembu ni..lebih-lebih lagi tang baunya super duper busuk tuuu.  Caranya masukkan sedikit larutan air kapur(kapur sirih) ke dalam  bekas basuhan perut lembu. Biar sekejap..pastikan kapur itu betul-betul larut. Selepas itu boleh di cuci bersih dan bilas dengan air putih bersih.

4. Memilih ikan yang segar
Bagi memastikan ikan yang dibeli segar, pastikan insang ikan masih merah atau mata ikan kelihatan jernih. Selain itu tekan sedikit daging ikan dengan jari. Ikan segar tidak akan meninggalkan bekas di tempat yang ditekan.
Sumber : Majalah mingguan WANITA edisi Julai 2010

Petua Bonda saya (Home grown petua)
Cara kurangkan pedas cili kering
Mek (emak) saya ni suka betul masak nasi lemak. Dan dia suka giling cili kering sendiri untuk buat sambal nasi lemak. Biasanya dia akan potong/gunting cili kering kecil2/halus2 kemudian rebus sekejap. Oleh kerana kekadang terbeli cili kering yang keringting halus, memang jenis yang pedas punya, mek saya akan masukkan sesudu atau 2 sudu CUKA MAKAN  untuk kurangkan tahap kepedasan cili itu. Baru le cucu-cucu dia puji...sambal nenek ni best laaaa...nak tau sebab apa cucu2 dia cakap best?...sebab tak pedas sangat! baru le depa boleh makan bertambah sepinggan lagi. hehehe..

Thursday, April 7, 2011

Fruit Tart

Akhirnya tercapai juga impian nak tayang gambar Tart Buah versi homemade nih. Actually, this is kali ke dua saya buat tart buah nie. Dan kebetulan kakak saya order untuk jamuan farewell party kat opis dia. Not only that, blueberry cheese tart pun ada sama. Semua nya 100 pcs setiap jenis. Harap2 depa sume suka kuih2 saya tu. Insyaallah.

Kepada yang ingin buat sendiri tart buah nie, elok le cuba resepi berikut.

TART BUAH - FRUIT TART
Source : Mrs Nor
(copy cat je nih sbb malas nak type..ehheh)

Tart Shell
550 gm tepung gandum
250 gm mentega
50 gm pastry margarine
1 biji telur
100 gm gula icing
secubit garam

Cara
1. Mentega, margarine dan gula icing di pukul sebentar hingga rata. Masukkan telur & esen vanilla, dikacau rata lalu dimasukkan tepung gandum. Uli hingga sebati.
2. Sejukkan adunan di dalam peti ais kira-kira 30 minit atau 1 jam sebelum menerapnya. Canai adunan dan terap, lalu diisikan ke dalam acuan tartlett.
3. Cucukkan dasar adunan ini dgn garpu sebelum membakarnya dgn sudu 180 darjah selama kira-kira 25-30 minit. Sesudah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk dahulu sebelum disapu dgn cokelat yg sudah dicairkan tadi.

Untuk Alas Tartlet
secukup chocolate block (for coating)- cairkan dgn kaedah 'double-boiling'

Krim Kastad
Bahan A
250 ml susu plain
50 gm gula
100 gm mentega
(Masak Bahan-bahan A ini hingga mendidih)

Bahan B
250 ml susu plain
40 gm tepung kastad
1 sudu makan tepung jagung
1 biji telur
sedikit esen vanilla
secubit garam

Cara Membuat Krim Kastad
Bahan-Bahan B ini dikacau rata dan tapis lalu masukkan ke dalam Bahan-Bahan A yg telah mendidih tadi. Didihkan lagi hingga masak.

Cara Menyediakan Fruit Tartlet
Ambil pastry tartlet yg telah disapu cokelat dan bubuh sedikit krim kastad. Susunkan dgn buah-buahan pilihan anda dan akhir sekali sapukan gel di atas buah-buahan tadi.

Buah-Buahan Hiasan
Buah kiwi, peach, strawberry, blueberry, raspberry, etc.(sy hentam apa yg ada dlm peti aje hehehe)

Gel/Jelly Glaze
1) Masak sedikit apricot gel dengan sedikit air lalu sapukan ke atas buah-buahan...
atau
2) Masak 1 sudu makan instant jelly dengan 100 gm air hingga mendidih. Sejukkan sebentar sebelum digunakan.


Ini Blueberry cheese tart yang saya buat pada hari yang sama. Kalau nak resepi cistat..kat sini ye.

Tiramisu


Bermula dengan adik ipar yang bawak balik sebekas tiramisu ke rumah, saya terus jatuh cinta pandang pertama seperti mana pertama kali tengok macaron suatu waktu dahulu. My SIL kata harga sebekas kecil tu (size bekas transparent 4 segi biassa kat kedai makan) ialah RM25.00. Oooh boleh tahan mahal jugak kek ni, mana tidak nya pakai creame cheese dan whipping cream. Kena pulak kalau pakai mascarpone cream cheese, perghh...lagi meriah rasa kat lidah dan anak tekak.

Dek kerana tak puas makan tiramisu nie, saya pon google la resepi kat internet. Alaaah..nowdays..bukan susah nak cari resepi kan?...ramai chef @ home blogger yang sudi berkongsi resepi ngan kita sume. Jadi...ini lah hasilnya mencuba resepi mummy-mummy blogger yang terror masak nie.

RESEPI TIRAMISU SIMPLE
Sumber Resepi Asal: MyResepi.Com
Nak tgk video cara2 nak buat Tiramisu..by Bateja.

Bahan2 :
  • 2 bungkus biskut tiramisu (nama omputih nya ..lady finger)... @ 1 bj kek span - apa2 kek pun boleh, 
  • 250 gm cream cheese (biar pada suhu bilik)
  • 200 gm whipping cream
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla (saya tambah sendiri sbb suka perasa ini)
  • 150 gm gula halus (lbh kurang 1/2 cwn)
  • 1 sudu nescafe
  • 1 cawan air panas 
  • Serbuk koko/coklat untuk hiasan
Ini rupa lady fingers. ada jual kat kedai bakery.

Cara Masak
  1. Pukul creame cheese till kembang dan masukkan whipping cream dan gula halus.
  2. Pukul lagi sampai gebu dan tiada sebarang ketulan pada adunan. Ketepikan.
  3. Bancuh nescafe dengan air panas.
  4. Celup biskut lady fingers ni ke dalam bancuhan nescafe tadi secara cepat. Jangan rendam sebab biskut ni snagat cepat meresap bancuhan necafe tadi. Boleh jadi lembik dan patah sebelum sempat masuk bekas/mangkuk. Boleh pakai mangkuk yang agak2 muat untuk isi 2 pack lady fingers.
  5. Susun biskut lady fingers menjadi satu lapisan. 
  6. Tuang sebahagian bancuhan cheese dan ratakan sampai menutupi lapisan lady fingers.
  7. Kemudian celup lagi biskut lady fingers dan susun sebagai lapisan ke dua. Kalau boleh dalam posisi/orientasi berlawan dari lapisan pertama. Maksudnya, kalau 1st layer di susun menegak, maka 2nd layer...susun melintang la pulak.
  8. Then, ulangi proses 6 sampai habis kesemua adunan dan biskut lady fingers.
  9. Jangan lupa...bahagian paling atas (top layer) mesti le di tutupi dengan bancuhan/adunan cheese. 
  10. Akhirnya, taburkan serbuk koko sebagai hiasan, tapi awas ye..biasanya serbuk koko ni pahit sikit. Boleh ganti serbuk coklat kalau suka.
  11. Sejukkan dalam peti sejuk selama sekurang2 nya 6 jam. Barulah best makan sejuk2. 

Wednesday, April 6, 2011

Birthday Party untuk Sara


Ahad lepas, adik bongsu saya buat majlis hari jadi untuk anak sulung dia yg berumur 6 thn. Hmm..weekend yang penat for me. Mana tidak  nya... untuk majlis hari lahir untuk anak buah yang ni seorang...ambo berjaga sampai 6 pagi! sebab nak siapkan sume kek2 tu. Actually plan nye nak siapkan awal tetapi tiba2 ada order untuk hamper cupcake mengejut. Kena deliver ke customer dia plak tu. I got special order dari Wedding Karen yang popular tuuuu...wow..terkejut jugak sbb depa call nak cepat. So, kelam kabut le siapkan benda tu.

Ok, just nak share kek-kek untuk besday Sara. Cik Poh harap Sara sentiasa di lindungi Allah selalu dan membersar jadi manusia berguna untuk agama dan mama dan papa sara ye...




Ada juga buat cheese tart dan fruit tart, tapi dah licin sebelum sempat di ambil gambar. Tak pe la...lain kali saya tempek gambar kalau2 ada peluang masak benda tu lagi ek. Hmm..menu utama hari tu ialah nasi ayam versi kota bharu, laksa penang gombak style. Haa..ni dia chef in da house. My bonda plak masak pulut kuning.




lagi gambar sekitar majlis...
Tuan rumah...adik bongsu ambo bersama somi n sarah
Tetamu dan anak-beranak...




Friday, April 1, 2011

Kejutan Si kecil



Betul la kata orang, kalau jaga anak sendiri di rumah, boleh lihat perkembangan anak a-z. Even sedikit perubahan walau sebesar zarah pun, pasti nampak di mata si ibu. Dan ini tentunya sesuatu yang sangat indah buat saya sejak berhenti keje dan mengasuh anak sendiri.

Saja nak berkongsi kegembiraan. Semalam my baby Amili buat satu lagi kejutan yang saya sungguh tak sangka. Dia tertumpahkan air milo ke lantai. Cepat2 dia panggil nama mama..(nak cover line takut kena marah kut..hehe)...then i told her..it's ok, nanti mama lap ye sayang ( sebab i tengah cuci pinggan kat sinki). Tetapi tak semena-mena...dia jalan terus ke dapur menuju ke laci drawer yang ada kain lap and terus pergi ke tempat air yang tumpah tadi dan lap. mak aiii...i terkejut sebab tak sangka dia boleh ambil tindakan yang pada i "tepat". She is just 1 year 7 mths old...and oh my god mybe i je yg terperasan bagus kut. Anak/baby org lain pun maybe buat benda yg sama jugak kan...hehehe

Few things yg buat i begitu happy :
1. Dia bukak laci yg betul yg ada kain lap. Maknanya, dia memang tahu itu laci yg ada kain lap.
2. Dia tak amik mudah...dia amik kain dlm drawer...eventhough kat situ di luar drawer ada kain lain kat lantai, tapi dia bukak drawer amik kain lap baru
3. Buat secara spontan..tanpa di suruh
4. Terus pergi lap kat tempat air tumpah tanpa di ajar

mak aaiii...i seronok giler bercerita kat papa dia. Rasa syukur sangat sbb she actually a good observer and cepat belajar. Budak2 sekarang ni memang advance kan, tak macam zaman kita dulu-dulu.


Yang ni pulak...musim gila baca buku...tiap2 hari dia akan lepak kat sini..and amik aman2 buku yang menarik perhatian dia. Sampai penat i kena kemas n susun semula buku2 tu..tapi tak pe lah, tahan aje sbb tak mo rosakkan mood dia kan.




ahaaaa..sampai tersepit kepala kat situ...

 

layan je laaaa...

Friday, March 25, 2011

Birthday Cupcake


Yup, birthday cupcake with vanilla flavour and oreo topping with munchys cream wafer sticks.

Thursday, March 24, 2011

Misi Macaron


Ni dia hasil usaha penat lelah selepas 4 kali cuba. Maklum lah, dah nama nya bukan cookies melayu, memang sangat thrill nak buat cookies ni. Nama global dia FRENCH MACAROON. Oleh kerana sangat suka kan bentuk dan warna nya yg cantik2 tu, saya terus google serata alam mencari resepi dan teknik. Percubaan pertama sangat mengecewakan. Hasil tak cantik sebab kaki kuih tak mau keluar. Begitu juga percubaan kali kedua dan ketiga. Tapi untuk kali yang seterusnya, cari gali lagi dari blog2 macaroon expert. Macam2 cara  seperti yang di baca, saya cuba..akhirnya dapat lah setakat ini sahaja....ini lah cookies plg susah pernah saya buat.

Saya juga mencari kut-kut ada orang kat KL yang buat kelas macaroon, tapi saya dapati harga/yuran kelas nya sangat mahal. Justeru itu, saya buat keputusan untuk belajar secara try & error sahaja. Walaupun tak banyak bahan-bahan yang di gunakan, 4 bahan sahaja, banyak pendapat mengatakan, sukatan bahan2 harus tepat iaitu kombinasi sukatan harus saling melengkapi untuk setiap bahan. Kemudian...teknik..teknik..dan teknik.

Resepi macaroon di bawah adalah di adaptasi dari blog Bakerella. She even share step by step (teknik) nak buat cookies ini (actually byk site pun ada kongsi cara nak buat ni). U all boleh cari di youtube pun. 1st tengok2 cara dia..then collect resepi.

Ok, ini resepi versi Bakerella.
90gm putih telur (di biarkan semalam pada suhu bilik)..lg lama lagi bagus
2 sudu besar granulated sugar
110 gm ground almond/serbuk badam
200 gm gula halus/powdered sugar

Filling Ganache cream
120 gm dark choccolate
80 gm butter
30 gm heavy cream
* boleh sisi apa je sebagai filling, buttercream pun boleh!

Lain2 keperluan :
  • Spatula
  • Tip bulat 
  • Pewarna
  • Piping bag
  • Parchment paper
Sehari sebelum :
1. Sediakan putih telur. Asingkan putih telur dan isi dalam bekas bersih dan bertutup. Simpan dlm peti sejuk
    pun boleh tapi kena keluarkan ke suhu bilik sebelum guna.

2. Sediakan Coklat ganache
    Guna teknik double boiler, cairkan coklat bersama butter dan cream. Kacau sebati dan angkat. Biar sejuk
    sebelum digunakan.

 Cara-cara penyediaan :
  1. Panggang serbuk almond dalam oven for 5 mins. Untuk mengurangkan kelembapan serbuk badam.
  2. Sesudah serbuk almond sejuk, campurkan dengan gula halus dan ayak/seive. Ketepikan. Kalau boleh guna mangkuk stainless steel.
  3. Pukul putih telur sehingga naik dan tambahkan 2 sudu besar gula. pukul lagi sampai nampak glossy. Berhenti beat setelah nampak macam "peak" terbentuk atau putih telur nampak creamy dan tiada buble lagi.
  4. Campurkan sedikit demi sedikit campuran almond + gula tadi kedalam putih telur. Caranya, gunakan spatula, slide dengan perlahan dan lembut. Jangan lupa, untuk kaup balik di bahagian dasar bekas adunan juga ( kadang2 ada baki kat dasar mangkuk).
  5. Boleh letak apa-apa pewarna kegemaran
  6. Pastikan adunan betul2 rata. Masukkan adunan ke dalam piping bag yang berisi tip dengan muncung bulat. Kalau nak senang masukkan adunan ke dalam piping bag, masukkan dan dirikan piping bag ke dalam measurement cup, buka luas-luas mulut piping bag tu dan masukkan adunan. 
  7. Pipekan adunan sebesar syiling 20 sen atau 1-1.5 inci. Atau actually boleh ikut suka hati pun sebab macaroon tidak akan mengembang semasa baking process. Pastikan saiz macaroon sekata dan ada jarak di antara susunan cookies ye.
  8. Setelah siap piping adunan, biarkan cookies rehat pada suhu bilik sekurang-kurangnya 20-30 minit. Tujuannya adalah untuk memastikan bentuk cookies betul2 firm/keras. Sementara itu boleh le panaskan oven. 150 darjah.
  9. Bake  for 18-20 minit. Maybe berbeza mengikut jenis oven. Macaroon masak sekiranya nampak kering dan agak keras di bahagian topi/kepala dan sedikit lekang jika kita tolak bahagian bawah/kaki.
  10. Biarkan sejuk seketika kemudian baru keluarkan dari parchment paper tu. 
  11. Whip cream ganache untuk intinya.
  12. Cari saiz macaron bersesuaian untuk di padankan bersama inti.
  13. Kalau nak kekalkan tahap kerangupannya, simpan dalam bekas kedap udara, di dalam peti sejuk selama 24 jam. Hmmm..tang ni kurang kesabaran skit...tapi berbaloi tunggu.hehehe
  14. Siap..makan la..apa tunggu lagi, tapi untuk bukan peminat manis...this one may not for you. but, for me..i likeeee it so much. hehehe.
Sumber berikut di aharap dapat menambah ilmu puan-puan sekalian.
1. Food Nouveau (sangat detail)
2. Davidlebovits (banyak org recommend this site - list web & blog for macarons)
3. lady Grey
4. Nomie Aziz  - simple je cara dia

Lain2..sila lah tunguuuu...