Showing posts with label Famili. Show all posts
Showing posts with label Famili. Show all posts

Friday, November 2, 2012

Sudah Botak





oopppss... kini mereka berlima... baby hazman melengkapkan lagi famili kami. Tu diaaa, kalau berjalan, mau gerun orang nak kacau.. bodyguard 4 orang, pompuan plak tu..


Kenduri Cukur jambul dan aqiqah

Salam,
OMG, selepas 3 bulan umur baby baru ada kesempatan untuk botakkan kepala iaitu selepas kenduri cukur jambul + aqiqah kar rumah embahnya(nenek) di felda sebertak, Temerloh, Pahang.

Kenduri time ... kenduri kecil-kecilan + berendoi + marhaban (buat syarat je.. nak lepaskan hajat/teringin). Rock kapak baby ku.. tamo pakai baju melayu.. pakai seluar jean + tshirt saja..hahah.. Tapi syukurlah, semuanya selesai dengan selamat. My inlaw family sangat2 sporting...



Finally ... tido timeee.. lama benar orang2 tu dok marhaban,, samapai terlelap si hazman dalam buaian..kelakar uu.. dah le panass. Cian baby ku..takpe sayang..tido..tido ler..

Wallet dan handbag




Kalau dah ada dua budak kecil macam dlm gambar ni, memang tak kemana le mama nya. Jadilah penunggu setia rumah dan tangga je. Mana tidaknya, bukan senang nak bawak wallet dan handbag ni tau...

A bundle of joy...Hazman Shareef

Salam buat semua...
Lama betul menyepi, sampai blog penuh sawang dan lalang.
Ini lah penyebab utama nya tuan blog berdiam diri...bz..bz layan si kecil nie + kakaknya yang tengah lasakkk... omg! baby + toddler... mmg gempak lah suasana kat rumah.

Alhamdulillah, akhirnya tuhan memakbulkan doa kami, untuk memiliki anak lelaki. Kalau sebelah papanya (wong jowo), anak lelaki dipanggil lanang, kalau sebelah ambo plak..anok jate lah namanya. Apa2 pun, syukur sangat2.  Segala doa yang baik dan terbaik telah kutitip untuk sicomel ini sejak dari mula mengandung. Biarlah segala doa dan harapan bonda menjadi rahsia antara mama dan allah sahaja.


Yang ni masa umur 2 hari, dan yang kat bawah ni pulak dalam minggu pertama..



 
 Hazman bersama kakak kecil..amili yang saaaangat suka cium adik...

 Yang ni plak, baru balik dari hospital, selepas kena inject - umur 1 bulan

Suka tengok gambar baby nguap... dan tidor..comel yang semulajadi..kan..kan..



Wednesday, April 6, 2011

Birthday Party untuk Sara


Ahad lepas, adik bongsu saya buat majlis hari jadi untuk anak sulung dia yg berumur 6 thn. Hmm..weekend yang penat for me. Mana tidak  nya... untuk majlis hari lahir untuk anak buah yang ni seorang...ambo berjaga sampai 6 pagi! sebab nak siapkan sume kek2 tu. Actually plan nye nak siapkan awal tetapi tiba2 ada order untuk hamper cupcake mengejut. Kena deliver ke customer dia plak tu. I got special order dari Wedding Karen yang popular tuuuu...wow..terkejut jugak sbb depa call nak cepat. So, kelam kabut le siapkan benda tu.

Ok, just nak share kek-kek untuk besday Sara. Cik Poh harap Sara sentiasa di lindungi Allah selalu dan membersar jadi manusia berguna untuk agama dan mama dan papa sara ye...




Ada juga buat cheese tart dan fruit tart, tapi dah licin sebelum sempat di ambil gambar. Tak pe la...lain kali saya tempek gambar kalau2 ada peluang masak benda tu lagi ek. Hmm..menu utama hari tu ialah nasi ayam versi kota bharu, laksa penang gombak style. Haa..ni dia chef in da house. My bonda plak masak pulut kuning.




lagi gambar sekitar majlis...
Tuan rumah...adik bongsu ambo bersama somi n sarah
Tetamu dan anak-beranak...




Friday, April 1, 2011

Kejutan Si kecil



Betul la kata orang, kalau jaga anak sendiri di rumah, boleh lihat perkembangan anak a-z. Even sedikit perubahan walau sebesar zarah pun, pasti nampak di mata si ibu. Dan ini tentunya sesuatu yang sangat indah buat saya sejak berhenti keje dan mengasuh anak sendiri.

Saja nak berkongsi kegembiraan. Semalam my baby Amili buat satu lagi kejutan yang saya sungguh tak sangka. Dia tertumpahkan air milo ke lantai. Cepat2 dia panggil nama mama..(nak cover line takut kena marah kut..hehe)...then i told her..it's ok, nanti mama lap ye sayang ( sebab i tengah cuci pinggan kat sinki). Tetapi tak semena-mena...dia jalan terus ke dapur menuju ke laci drawer yang ada kain lap and terus pergi ke tempat air yang tumpah tadi dan lap. mak aiii...i terkejut sebab tak sangka dia boleh ambil tindakan yang pada i "tepat". She is just 1 year 7 mths old...and oh my god mybe i je yg terperasan bagus kut. Anak/baby org lain pun maybe buat benda yg sama jugak kan...hehehe

Few things yg buat i begitu happy :
1. Dia bukak laci yg betul yg ada kain lap. Maknanya, dia memang tahu itu laci yg ada kain lap.
2. Dia tak amik mudah...dia amik kain dlm drawer...eventhough kat situ di luar drawer ada kain lain kat lantai, tapi dia bukak drawer amik kain lap baru
3. Buat secara spontan..tanpa di suruh
4. Terus pergi lap kat tempat air tumpah tanpa di ajar

mak aaiii...i seronok giler bercerita kat papa dia. Rasa syukur sangat sbb she actually a good observer and cepat belajar. Budak2 sekarang ni memang advance kan, tak macam zaman kita dulu-dulu.


Yang ni pulak...musim gila baca buku...tiap2 hari dia akan lepak kat sini..and amik aman2 buku yang menarik perhatian dia. Sampai penat i kena kemas n susun semula buku2 tu..tapi tak pe lah, tahan aje sbb tak mo rosakkan mood dia kan.




ahaaaa..sampai tersepit kepala kat situ...

 

layan je laaaa...

Sunday, February 28, 2010

Anak-anak dan kraftangan





Hari ini, Hanim & Alia mencuba sesuatu yang baru. Biasanya mereka suka "painting", tetapi hari ini lain pula kreativitinya. Cuma guna pencungkil gigi, apa2 daun dan selotip saja...dan ini lah hasilnya. Ok jugak idea depa nie. Dah nampak bakat..hehhe..

My Baby Amili...dah 6 bulan umurnya. Cepat sungguh masa berlalu...