Thursday, March 24, 2011

Misi Macaron


Ni dia hasil usaha penat lelah selepas 4 kali cuba. Maklum lah, dah nama nya bukan cookies melayu, memang sangat thrill nak buat cookies ni. Nama global dia FRENCH MACAROON. Oleh kerana sangat suka kan bentuk dan warna nya yg cantik2 tu, saya terus google serata alam mencari resepi dan teknik. Percubaan pertama sangat mengecewakan. Hasil tak cantik sebab kaki kuih tak mau keluar. Begitu juga percubaan kali kedua dan ketiga. Tapi untuk kali yang seterusnya, cari gali lagi dari blog2 macaroon expert. Macam2 cara  seperti yang di baca, saya cuba..akhirnya dapat lah setakat ini sahaja....ini lah cookies plg susah pernah saya buat.

Saya juga mencari kut-kut ada orang kat KL yang buat kelas macaroon, tapi saya dapati harga/yuran kelas nya sangat mahal. Justeru itu, saya buat keputusan untuk belajar secara try & error sahaja. Walaupun tak banyak bahan-bahan yang di gunakan, 4 bahan sahaja, banyak pendapat mengatakan, sukatan bahan2 harus tepat iaitu kombinasi sukatan harus saling melengkapi untuk setiap bahan. Kemudian...teknik..teknik..dan teknik.

Resepi macaroon di bawah adalah di adaptasi dari blog Bakerella. She even share step by step (teknik) nak buat cookies ini (actually byk site pun ada kongsi cara nak buat ni). U all boleh cari di youtube pun. 1st tengok2 cara dia..then collect resepi.

Ok, ini resepi versi Bakerella.
90gm putih telur (di biarkan semalam pada suhu bilik)..lg lama lagi bagus
2 sudu besar granulated sugar
110 gm ground almond/serbuk badam
200 gm gula halus/powdered sugar

Filling Ganache cream
120 gm dark choccolate
80 gm butter
30 gm heavy cream
* boleh sisi apa je sebagai filling, buttercream pun boleh!

Lain2 keperluan :
  • Spatula
  • Tip bulat 
  • Pewarna
  • Piping bag
  • Parchment paper
Sehari sebelum :
1. Sediakan putih telur. Asingkan putih telur dan isi dalam bekas bersih dan bertutup. Simpan dlm peti sejuk
    pun boleh tapi kena keluarkan ke suhu bilik sebelum guna.

2. Sediakan Coklat ganache
    Guna teknik double boiler, cairkan coklat bersama butter dan cream. Kacau sebati dan angkat. Biar sejuk
    sebelum digunakan.

 Cara-cara penyediaan :
  1. Panggang serbuk almond dalam oven for 5 mins. Untuk mengurangkan kelembapan serbuk badam.
  2. Sesudah serbuk almond sejuk, campurkan dengan gula halus dan ayak/seive. Ketepikan. Kalau boleh guna mangkuk stainless steel.
  3. Pukul putih telur sehingga naik dan tambahkan 2 sudu besar gula. pukul lagi sampai nampak glossy. Berhenti beat setelah nampak macam "peak" terbentuk atau putih telur nampak creamy dan tiada buble lagi.
  4. Campurkan sedikit demi sedikit campuran almond + gula tadi kedalam putih telur. Caranya, gunakan spatula, slide dengan perlahan dan lembut. Jangan lupa, untuk kaup balik di bahagian dasar bekas adunan juga ( kadang2 ada baki kat dasar mangkuk).
  5. Boleh letak apa-apa pewarna kegemaran
  6. Pastikan adunan betul2 rata. Masukkan adunan ke dalam piping bag yang berisi tip dengan muncung bulat. Kalau nak senang masukkan adunan ke dalam piping bag, masukkan dan dirikan piping bag ke dalam measurement cup, buka luas-luas mulut piping bag tu dan masukkan adunan. 
  7. Pipekan adunan sebesar syiling 20 sen atau 1-1.5 inci. Atau actually boleh ikut suka hati pun sebab macaroon tidak akan mengembang semasa baking process. Pastikan saiz macaroon sekata dan ada jarak di antara susunan cookies ye.
  8. Setelah siap piping adunan, biarkan cookies rehat pada suhu bilik sekurang-kurangnya 20-30 minit. Tujuannya adalah untuk memastikan bentuk cookies betul2 firm/keras. Sementara itu boleh le panaskan oven. 150 darjah.
  9. Bake  for 18-20 minit. Maybe berbeza mengikut jenis oven. Macaroon masak sekiranya nampak kering dan agak keras di bahagian topi/kepala dan sedikit lekang jika kita tolak bahagian bawah/kaki.
  10. Biarkan sejuk seketika kemudian baru keluarkan dari parchment paper tu. 
  11. Whip cream ganache untuk intinya.
  12. Cari saiz macaron bersesuaian untuk di padankan bersama inti.
  13. Kalau nak kekalkan tahap kerangupannya, simpan dalam bekas kedap udara, di dalam peti sejuk selama 24 jam. Hmmm..tang ni kurang kesabaran skit...tapi berbaloi tunggu.hehehe
  14. Siap..makan la..apa tunggu lagi, tapi untuk bukan peminat manis...this one may not for you. but, for me..i likeeee it so much. hehehe.
Sumber berikut di aharap dapat menambah ilmu puan-puan sekalian.
1. Food Nouveau (sangat detail)
2. Davidlebovits (banyak org recommend this site - list web & blog for macarons)
3. lady Grey
4. Nomie Aziz  - simple je cara dia

Lain2..sila lah tunguuuu...


    No comments: