Showing posts with label Resepi Kek. Show all posts
Showing posts with label Resepi Kek. Show all posts

Saturday, December 8, 2012

Snow Cheese Cake

Salam,


Entry kek lagi.. tak boleh tahan tengok kegebuan kek ini kat blog miss Rahel yang sangat pandai menatarias kek. Hasil kerja nye sangat kemas mengikut pengamatan saya. Maka sempatlah juga saya cuba beberapa resepi dari blog beliau. Untuk Snow cheese cake ini, marilah kita lihat bahan2 nya yer...

SNOW CHEESE CAKE
Sumber : Rahel

Bahan Kek :

Bahan:
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100g gula halus
100g tepung hong kong (blue key,super fine boleh juga)
60g tepung jagung (maizena)
50g air sejuk (dari peti sejuk)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovalet
75g mentega (dicairkan)

Untuk krim :
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis ->>k.zai letak 1 cawan (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul)

Untuk Toping:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara:
1.Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
2.Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3.Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang disapu dengan sedikit butter.
4.Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam dengan kepanasan 150'C.
5.Bila sudah masak biarkan sejuk.Bila dah sejuk,ambil pisau kek dan potong di tengah2 kek supaya menjadi dua bahagian.
6.Sapukan cream cheese di atas separuh kek tadi,kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7.Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8.Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.
9.Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam. Lepas tu baru potong.



Tak dapat nak tunjuk isi dalam kek ini sebab bateri kamera habis sebelum siap upacara fotografi..
Nampak gaya kena buat sekali lagi nie.. sodap bangettt. Tq rahel sudi kongsi resepi. Akak c&p kat sini ye.



Thursday, November 22, 2012

Best Ever Carrot Walnut Cake

Salam,




Dah lama berniat nak buat kek carrot walnut nie. Kalau makan dengan cream cheese..sure sedap kan. Ada banyak resepi/versi carrot walnut cake setelah mengoogle sana sini. Tapi terpaut dengan resepi ini disebabkan banyak maklumbalas positif..tambah2 lagi cik CMG pun kasi komen baik dan turut buat sama. Itu yang buat peratusan yakin yang kek ini sedap bertambah2. ..heheh..
Kek ada rasa dan bau kelapa yang kuat.. sesuai sangat la kepada penggemar kelapa yer. Tapi yang buat ada kelainan dan menambahkan kelembapan kek ialah nenas yang menjadi salah satu elemen di dalam resepi kek ini. Jom semak resepi...




BEST EVER CARROT CAKE
Sumber : Koleksi1001resepi
Kalau nak separuh resepi boleh refer blog Mr Mat Gebu


Bahan A - ayak bersama : 
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 1/2 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil garam
2 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis

4 biji telur A
1 1/2 cawan minyak jagung/sayur
2 cawan gula kastor (saya guna gula perang)
2 3/4 cawan parutan halus carrots
1 tin Nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
3/4 cawan  kacang walnut, cincang
1 cawan kelapa kering

Topping cream cheese frosting :
1/2 cup butter
1 (8ounce) package cream cheese
1 1/2 teaspoons vanilla essence
1 lb icing sugar

Method :
1. Panaskan Oven - 180°C dan griskan loyang kek  9". Ayak bahan kering - bahan A.
2. Dalam mangkuk berasingan, masukkan telur, minyak dan gula. Kacau rata menggunakan hand whisker sehingga gula agak2 hancur..dalam 5 minit.
3. Masukkan bahan A yang telah diayak tadi. Kacau/gaul sebati.
4. Masukkan carrot, nenas, kekacang dan kelapa kering. Sebatikan.
5. Masukkan ke dalam loyang dan bakar/bake  for about 60 to 90mins/ ikut oven masing2.

Cream cheese frosting -
1. cream butter, cream cheese and vanilla. Add icing sugar a little at a time and blend well.
2. Add a tsp of milk if the mixture too thick.

CREAM CHEESE my versi... sedapppppp sangat sebab ada fresh cream
 400gm cream cheese (philadelphia/anchor)
100gm gula icing
1/2 tspn lemon oil or 1/2 TBSP fresh lemon juice
600gm fresh cream (GOLD RICH/PRIDE)

Cara :
1. Beat fresh cream dulu dalam mangkuk asing sampai kembang dan dapat soft peak. Ketepikan.
    Tips : kalau nak fresh cream kembang cantik - masukkan dulu whisker/mangkuk adunan ke dalam freeze dalam 5 minit sebelum mula mem"beating". 
2. Dalam mangkuk lain, beat cream cheese + gula icing + lemon oil. cukup setakat sebati.
3. Satukan kedua2 bahan dan beat sebentar dalam 15 sec.
4. Boleh le sapu/lepa kan cream ke atas kek. yummy..yummy..dengan perasa lamonade yang wangi setaman. Memang tak muak langsung cream nie..




Enjoyyyyyyyyyyyyy....sebab saaaaaaaaaaaaaaangat yummmmy... (pakwe/hubhy makan 2x.. LULUS!)..

Wednesday, May 11, 2011

Congo Bars

Semalam, selasa 10 may, hari lepas gian "membakar". Mana tak nya, 3 jenis kek siap pada hari yang sama. Sementelah pulak lama betul shutdown oven dek kerana melayan door gift tu. Oven plak macam dok seru-seru jer soh guna dia. hehehe...suddenly terjumpa gambar congo bars yang cantik kat blog Arah, hati terus terpaut. Oleh kerana sume bahan yang di senaraikan dalam resepi tu ada dalam gerobok dapur, ambo tak tunggu lama, terus amik tindakan. Betul bagai dikata, congo bars ni sedap sangat laaaa...sampai tak leh berhenti ngap..ngap. Lebih2 lagi masa tengah suam-suam tu, hmmm heaven betul tekak ni. Jom layan gambar...(kasi u all terliur..hehe)
 Sempat pulak si sarah, bawak bekal ke sekolah...suka nya hati sebab habis licin, katanya cikgu pun turut sama makan n puji sedap. Tima kasih le tuan punya resepi yer.

Bukan setakat tu jer, si kecil amili pun sibuk yum..yumm..

Congo Bars
Sumber : Arah
Resepi Asal : Rima Singapura
Bahan2:
  • 2  3/4 All purpose flour (saya guna tepung naik sendiri)
  • 2  1/2 tspn baking powder
  • 1/2 tspn salt
  • 2/3 cup butter (softened)
  • 1lb light brown sugar (453gm, tapi saya guna hanya 300gm aje - ikut selera la senang citer)
  • 3 eggs
  • 1 tspn vanilla
  • 11.5 ounce milk chocolate chips ( lebih kurang 326 gm)
  • 1 cup chopped pecan (pilihan saya ialah walnut)
Cara masak(sorry ambo copy paste je dari blog arah sebab malas nak type kat sini)

By mixer:
Sift flour, baking powder and salt in a large bowl. Set aside.
Combine butter and sugar using a mixer until blended.
Add eggs, one at a time to sugar mixture, mixing on low in between each addition.
Add vanilla and mix.
Add flour and mix until combined.
Stir in chips and then pecans.

By hand:
Sift flour, baking powder and salt into a large bowl. Set aside.
Stir brown sugar into softened (not melted) butter in another large bowl until butter disappears. You can use the back of your spoon to help incorporate the two together.
Add eggs one at a time to butter mixture and stir well after each egg.
Add vanilla, chocolate chips and nuts. Mix well.
Add dry flour mixture and stir until well combined.

Coat a 13 X 9 pan with non-stick spray and spread batter evenly into dish.
Bake at 170 degree for 30 minutes or until top is golden brown. Make sure you don’t over bake.

Simple kan bahan2 dan cara buat nya?...so, kalau rasa tak leh tahan tu...jangan tungu-tunguu...jom ke dapur...

Thursday, April 7, 2011

Tiramisu


Bermula dengan adik ipar yang bawak balik sebekas tiramisu ke rumah, saya terus jatuh cinta pandang pertama seperti mana pertama kali tengok macaron suatu waktu dahulu. My SIL kata harga sebekas kecil tu (size bekas transparent 4 segi biassa kat kedai makan) ialah RM25.00. Oooh boleh tahan mahal jugak kek ni, mana tidak nya pakai creame cheese dan whipping cream. Kena pulak kalau pakai mascarpone cream cheese, perghh...lagi meriah rasa kat lidah dan anak tekak.

Dek kerana tak puas makan tiramisu nie, saya pon google la resepi kat internet. Alaaah..nowdays..bukan susah nak cari resepi kan?...ramai chef @ home blogger yang sudi berkongsi resepi ngan kita sume. Jadi...ini lah hasilnya mencuba resepi mummy-mummy blogger yang terror masak nie.

RESEPI TIRAMISU SIMPLE
Sumber Resepi Asal: MyResepi.Com
Nak tgk video cara2 nak buat Tiramisu..by Bateja.

Bahan2 :
  • 2 bungkus biskut tiramisu (nama omputih nya ..lady finger)... @ 1 bj kek span - apa2 kek pun boleh, 
  • 250 gm cream cheese (biar pada suhu bilik)
  • 200 gm whipping cream
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla (saya tambah sendiri sbb suka perasa ini)
  • 150 gm gula halus (lbh kurang 1/2 cwn)
  • 1 sudu nescafe
  • 1 cawan air panas 
  • Serbuk koko/coklat untuk hiasan
Ini rupa lady fingers. ada jual kat kedai bakery.

Cara Masak
  1. Pukul creame cheese till kembang dan masukkan whipping cream dan gula halus.
  2. Pukul lagi sampai gebu dan tiada sebarang ketulan pada adunan. Ketepikan.
  3. Bancuh nescafe dengan air panas.
  4. Celup biskut lady fingers ni ke dalam bancuhan nescafe tadi secara cepat. Jangan rendam sebab biskut ni snagat cepat meresap bancuhan necafe tadi. Boleh jadi lembik dan patah sebelum sempat masuk bekas/mangkuk. Boleh pakai mangkuk yang agak2 muat untuk isi 2 pack lady fingers.
  5. Susun biskut lady fingers menjadi satu lapisan. 
  6. Tuang sebahagian bancuhan cheese dan ratakan sampai menutupi lapisan lady fingers.
  7. Kemudian celup lagi biskut lady fingers dan susun sebagai lapisan ke dua. Kalau boleh dalam posisi/orientasi berlawan dari lapisan pertama. Maksudnya, kalau 1st layer di susun menegak, maka 2nd layer...susun melintang la pulak.
  8. Then, ulangi proses 6 sampai habis kesemua adunan dan biskut lady fingers.
  9. Jangan lupa...bahagian paling atas (top layer) mesti le di tutupi dengan bancuhan/adunan cheese. 
  10. Akhirnya, taburkan serbuk koko sebagai hiasan, tapi awas ye..biasanya serbuk koko ni pahit sikit. Boleh ganti serbuk coklat kalau suka.
  11. Sejukkan dalam peti sejuk selama sekurang2 nya 6 jam. Barulah best makan sejuk2.