Tuesday, October 18, 2011

Resepi Sup Ketam

Salam semua,
Agak lama mendiamkan diri dek sibuk melayan hamper raya. Kali ni, saya kembali ke blog yang dah bersawang ni. Kita cerita pasal makan2 la pulak ye.

Sebelum bulan puasa yang lepas, kami sekeluarga sempat merehatkan diri kat pantai port dickson. Dah alang2 kat sini, kami cari le restoran ikan bakar. Agak jauh juga JJCM ni sampai ke melaka. Kata suami, dulu dia pernah makan sup ketam yang sedap kat restoran situ (dah lupa nama restoran tu). Aiseh...kalau dia kata sedap tuh..kena la cuba rasa pulak..ye dak.

Oleh kerana suami ambo suka makan sup ketam dan dia beli ketam segar plak...dan-dan tu la ambo selak gerobok pakcik-makcik google untuk resepi sup ketam. Walaupun orang kata pejam mata pun boleh buat sup ni, tapi saja je ambo intai2 resepi2 chef blogger untuk mencari kelainan. Hasilnya jumpa la resepi dari blog Cikmin yang buat hati terpaut. Dah inilah hasilnya...anak2 n somi cakap..sodapppp. Tq cikmin kerana kongsi resepi....




Resepi Sup Ketam Ala Cikmin
Sumber : Cikmin (minta maaf ye cikmin, ambo copy paste je resepi u sbb malassss sangat nak taip kat sini)

Bahan2 :
4 ekor ketam – dibukak cengkerang atas dibersihkan dan potong 2
(bahagian jejari ketam tu kita boleh ketuk2 dengan lesung, senang nak makan nanti)
3cm halia – hiris halus
4 ulas bawang putih – ditumbuk halus
5 ulas bawang merah – ditumbuk halus
1 sudu teh lada hitam – ditumbuk halus
Rempah tumis 4 beradik (kulit kayu manis + bunga lawang + cengkih + buah pelaga)
Karet – potong ikut suka
Batang Celery – dihiris menyerong
Cendawan Shitake – direndam seketika, bersih dan hiriskan
Serbuk Knor Pasti Sedap
Garam secukup rasa
Air – untuk kuah sup
Hirisan daun bawang
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah 4 beradik bersama bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau dan kekuningan.
2. Masukkan air ikut banyak mana yang kita mahu.
3. Setelah air mendidih, masukkan batang celery,karet atau boleh tambah kentang jika suka.Setelah sayur agak layu, masukkan cendawan shitake dan baru masukkan ketam.
4. Masukkan serbuk knor pasti sedap, garam secukup rasa dan renehkan seketika sehingga ketam masak sepenuhnya.Angkat Sup Ketam kedalam mangkuk, taburkan hirisan daun bawang.


No comments: