Ganjilkan nama cookies ini?.. mula2 dengar cam pelik..pastu jadi sasau sebab mengidam. Pastu mulalah cari pakcik google intai2 resepi. Hmm ok..ada jumpa baaaaanyak resepi. Kukis ni asal nya dari tanah seberang. Tekstur nya yang rangup memang kena dengan selera saya yang sukakan kukis rangup. Ini disebabkan adanya penggunaan putih telur sahaja di dalam resepi kukis. Pulak tu, boleh di perasakan dengan macam2 flavour. Tapi buat pertama kalinya saya cuba flavor vanilla aje dulu.
Cara membuatnya pun tidak lah susah mana. Tetapi anda haruslah memgunakan loyang khas lidah kucing (boleh refer gambar loyang kat bawah nie). Saya beli di kedai bakery Yummie di BBBangi. Untuk resepi ini, Saya gabungkan resepi dari Rima Singapura dan Ricke Indriani dari Indonesia tetapi saya ubah suai mengikut selera saya setelah mencuba kedua2 resepi mereka. Mari kita semak resepi..jom jom..
LIDAH KUCING PELANGI (RAINBOW CATS TOUNGE)
Ricke Indriani
125 gm butter
125 gm margerine
160 gm gula halus
1 tsp vanilla
100 ml putih telur - room temp
200 gm terigu gandum (saya guna red rose)
50 gm tpg jagung
6 pewarna pelangi
Cara2 :
1. Panaskan oven 140-150C. Siapkan loyang dan greasekan.
2. Xampur & ayak tpg gandum & tpg jagung. Set aside
3. Beat Butter, margerine & gula halus sampai kembang putih. Mskkan vanilla dan kacau rata. Masukkan telur n kacau rata.
4. Masukkan tepung, kacau rata dengan low speed sehingga lembut.
5. Bahagi adunan kpd 6 dan warnakan. Masukkan ke dlm 6 piping bag dan bake 15-20 min.
Ingredients:
250g margarine - i used Buttercup
250g butter - i used SCS
350g caster sugar
500g flour (saya guna 400gm red rose + 100gm tpg jagung)
150ml egg white (saya guna 175ml or 175gm)
1/2 tsp baking powder (saya skip)
1/2 tsp lemon oil/extract
zest of one lemon (saya guna 1 tsp lemon paste)
6 different food colourings
Directions:
1. whisk butter, margarine and sugar till creamy
2. Add in egg white, lemon oil and also lemon zest and continue to mix
3. Add in sifted flour/baking powder and continue to mix
4. Divide batter into 6 parts
5. Colour each part according to ur preference.. place each part in piping bags
6. Pipe each colour onto cat's tongue mould
7. Bake it in a preheated oven of 150C for abt 20 mins - i used 140C and baked it for 15mins.. pls keep a look out on ur cookies as it will get brown easily
8. Once baked.. let it sit for 5 mins bef placing it on a wire rack.. cool and keep it in an air tight container.
Tips :
1. Untuk mendapatkan hasil kukis yang sedap dan rangup, gunakan campuran butter & marjerin dengan kadar nisbah 1:1.
2. Jangan bakar kukis ini pada suhu terlalu panas, kerana kukis akan menjadi hangit/gelap pada bahagian tepi tetapi bahagian tengahnya masih kurang masak. Seeloknya test bhgn belakang/bawah kukis. Jika ada bhgn yg bila ditekan dgn jari masih terasa basah/lembut, bermakna belum cukup masak. So, boleh rebake for 3-5 min.
3. Jika tidak ada loyang khas lidah kucing boleh juga memakai loyang biasa, tetapi jarak2kan sedikit adunan semasa piping, kerana adunan akan mengembang nanti.
4. Untuk mengelakkan kukis hancur semasa dikeluarkan dari loyang, tunggu hingga kukis sejuk sedikit, baru dikeluarkan dari loyangnya.
Selamat mencuba..
Tapi jika tak ada masa nak buat, boleh le order dengan saya kat Pesona Creations yerr....(019-22604100 / pesonacreation@yahoo.com)
17 comments:
hai..
salam kenal dr SRC..
datang sini dan follow..suka tengok color biskut yang meriah tu..singgah sini..www.dapurjirankuberasap.blogspot.com.tq
Salam SRC, trima kasih datang jalan2 kat sini. Nanti boleh cuba biskut ni ye.. mmg sedap tau.
Cantiknya lidah kucing pelangi ni...tergiur...
Tq Rahel sudi melawat sini. Akak selalu visit blog Rahel, Kagum tengok cantik2 hasil kerja Rahel. Keep it up ye.
untuk bakar cookies ni gune api oven bawah saje or atas dan bawah?
menarik2... best nie. Dah lama nak mencuba,,tp acuan Xde kat kuantan nie. huhuhu..
Btw..jgn lupa singgah utk plbagai supplement kecantikan & kesihatan di www.nurimanqhaisara.blogspot.com
Hye , boleh saya tanya berapakah harga loyang di ni yang kat Yummies Bakery BB Bangi tu? tq !
Brp harga loyang tu yer
As salam, saya biasa guna api atas dan bawah. Harga loyang kat yummy bakery rm17.50 sahaja.
Salam.. Terigu gndum tu mcm mne? Dan telur 100 mlm brape biji?
baru rasa, mg kreatif dan penyabar si pembuatnya
pinjam gambar loyang ye
Salam... nk rasa rangup n sdp tu. Kadar nisbah 1:1 tu mcm mn ye?
assalam... mcm mna sy nk dptkn loyang lidah cat tu ye? huhu.. susah nk cari yg kecil tu... huhu
boleh sy tau kat mana boleh dapat kan loyang tu tak ?
Farahiyah Zainuddin : butter & marjerin sama kuantiti/berat. Tapi saya lebih suka guna 100% butter sebab rasanya lebih sedap.
Untuk soalan mana nak dapatkan loyang : now dah banyak kedai bakeri jual loyang ni, tetapi saya biasa beli kat kedai yummy di bangi sebab kualiti elok dan elok bentuk acuannya.
Boleh juga beli dari Datin/Kak Pau dari Citra Klassik di kajang. Just check out kat her FB citra klassik or kak pau.
Tqvm sis for your sharing - resepi:)
Assalam. .sis..tumpang tnye..kalo pkai tepung red rose ni , xperlu letak serbuk emplex ke?
Post a Comment