Thursday, May 30, 2013

KLAPPERTAART - Si Puding Kelapa


Pertama kali melihat dessert nan satu ini di blog Ordinari Kitchen, hati terus jatuh cinta. Itu lah dia KLAPPERTAART atau bahasa mudahnya puding kelapa muda. Dessert ini sangat popular di Indonesia yang mengikut ceritanya adalah salah satu kuliner warisan Belanda.

Maka bermula lah misi mencari resepi dan banyaaak sangat yang di jumpai dan semuanya nampak sedap2 belaka. Tetapi dalam banyak2 tu, resepi klappertaart wilton ni la yang paling banyak dijumpai. Ia kemudiannya di modifikasi dengan berbagai perasa dan perisa sesuai selera.

Ada dua cara penyediaan puding ini, bake secara au bain marie dan juga ada yg tidak perlu di bake. Resepi yang saya nak kongsi kali ni adalah versi baking. Jom kita semak resepi dan cara penyediaannya.



KLAPPERTART WILTON
Sumber : Pennylane dan Ordinari Kitchen

1000 ml  fresh milk
250 gm gula halus (saya guna 200gm saja)
50 gm tepung gandum
50 gm tepung custard
50 gm tepung jagung
150 gm mentega
6 biji kuning telur
1 tsp esen vanilla
2-3 biji  isi kelapa muda - boleh lebihkan isi ni kalau suka  sbb lagi banyak lagi sedap
100 gr kenari/walnut (saya guna 50gm saja, selebihnya dibuat topping)

Topping :
6 biji  Putih telur
4 TBSP gula halus
2 TBSP tepung gandum
kismis direndam air hangat, peras dan percikkan vanilla
Almond slice/walnut secukupnya
serbuk kayu manis secukupnya

Cara2 :
1. Larutkan tepung gandum, T/custard dan T/jagung dengan 250 ml fresh milk. Pastikan tidak bergentel. Tapis dulu jika perlu. Ketepikan.
2. Panaskan 750 ml fresh milk dan gula pasir. Kacau rata sehingga gula larut dan susu mendidih. Gunakan api kecil sahaja.
3. Masukkan campuran susu dan tepung kedalam susu panas, kacau terus sampai mengental/pekat dan meletup-letup. Matikan api. Pastikan kacau sehingga ke dasar periuk ye untuk mengelakkan adunan berkerak. (Nota : Kacau adunan dalam satu arah sahaja, kalau kacau arah lawan jam.. teruskan sehingga adunan memekat dan tutup api)
4. Terus masukkan mentega, kacau rata.
5. Masukkan kenari/almond, kayu manis dan vanilla essence, kacau rata.
6. Masukkan kuning telur satu persatu.
7. Masukkan daging kelapa muda, kacau rata.
8. Masukkan adonan ke dalam aluminium cup/foil sampai ¾ tinggi. Bakar secara au bain marie/ steam bake selama 15 menit dengan suhu 160° sampai ½ matang/masak.

Penyediaan Topping :
Pukul putih telur dengan mixer sambil dimasukkan gula sedikit demi sedikit sampai jadi soft peak/stiff.
Masukkan tepung gandum dan kacau rata dengan spatula.
Masukkan campuran putih telur ini ke dalam piping bag dan pipekan keatas adonan yang ½ masak tadi sampai cukup tinggi (boleh aje dilebihkan sikit dari permukaan bekas atau cup kerana putih telur tadi akan turun sedikit selepas keluar dari oven)
Tabur serbuk kayu manis pada keseluruhan bekas/alum cup tadi dan hiasi dengan kismis dan almond.
Bakar lagi sampai toping berwarna kekuningan. Angkat dan dinginkan.

Makan semasa sejuk2 tu.. perghhh...terangkat beb...serius sedap giler... kena cuba buat dulu baru tahu kan..kan.


No comments: