Monday, March 21, 2011

Apam Dot Dot


Entry Resepi lagi. Itu je lah keje nya..masak..masak..dan masak kalau musim cuti sekolah. Resepi ini pon ambo dapat dari kakak ambo jugak. Dia memang suka sejak dari zaman anak dara sampai sekarang. Sekarang ni apam dot dot sangat popular. Saiznya yang kecil ngam-ngam unutk sekali ngap di tambah pula dengan rupa berwarna warni, amat-amat menarik hati dan tekak. Pertama kali buat kuih ini, anak bawak sebagai bekal ke sekolah. Hati berbunga riang bila anak bilang kawan2 dia puji sedap. Memang la sedap, kalau benda free ..ye dak?...heheh.

Ini resepi dari kakak ambo.
APAM Dot Dot
Source : MrsNor
2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil ovallete
2 sudu esen vanilla
1 cawan susu segar
2 cawan self raising flour ayak terlebih dahulu
Pewarna yg disukai. 


Inti kelapa
Masak kelapa parut  dgn gula melaka,  daun pandan & sesudu tepung jagung.

Cara masak :
1. Panaskan pengukus
2. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang dan bewarna putih.
3. Masukkan susu segar, gaul sebati
4. Masukkan tepung, sebatikan
5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian mengikut warna yg disukai
6. Masukkan separuh aduanan dalam acuan, kemudian masukankan sedikit inti dan masukan lagi adunan keatas inti tadi sampai penuh.
7.Kukus selama 10-15 minit.


 Gambar kat atas tu, rupa inti kepala dan keduanya ialah selepas siap di dot dot kan. Yang kat bawah ni le hasilnya. Boleh le cuba ye, nanti tayang la kat kami sume...

No comments: