Thursday, December 20, 2018

Jemput pisang aka cokodok pisang



Jepput pise AKA cokodok pisang.
Rangup kat luar dan lembut serta moist tekstur dalam kodok ni.Resepi inspired by @yatiekitchen.Bahan tambahan yang buat kodok jadi rangup kat luar ialah tepung beras.

.
1 cawan pisang lenyek
1/2 cawan tpg gandum
3-4 tsp gula perang/putih
(Lebihkan lagi jika suka manis)
1 tsp tpg beras
Secubit garam
Nak kaw lagi, add 1/4 tsp baking soda.
.
Mix sebati semua bahan dan biarkan diam sekejap dlm 10 min baru kita goreng. .
Tips menggoreng cokodok pisang.
Guna api medium saja untuk panaskan minyak sampai minyak panas tapi jangan terlalu panas kerana akan jadi toksik.
.
Basahkan hujung jari dgn air dan jemput lah adunan ke dalam minyak. Ikut suka lah nak buat besar mana pun tp saiz kecik cute yg plg sedap cam sekali ngap sebijik terus masuk mulot.
Bite size lah kiranya.
.
Okeh selamat mencuba.

Monday, June 17, 2013

Lidah Kucing Pelangi


Ganjilkan nama cookies ini?.. mula2 dengar cam pelik..pastu jadi sasau sebab mengidam. Pastu mulalah cari pakcik google intai2 resepi. Hmm ok..ada jumpa baaaaanyak resepi. Kukis ni asal nya dari tanah seberang. Tekstur nya yang rangup memang kena dengan selera saya yang sukakan kukis rangup. Ini disebabkan adanya penggunaan putih telur sahaja di dalam resepi kukis. Pulak tu, boleh di perasakan dengan macam2 flavour. Tapi buat pertama kalinya saya cuba flavor vanilla aje dulu.

Cara membuatnya pun tidak lah susah mana. Tetapi anda haruslah memgunakan loyang khas lidah kucing (boleh refer gambar loyang kat bawah nie). Saya beli di kedai bakery Yummie di BBBangi. Untuk resepi ini, Saya gabungkan resepi dari Rima Singapura dan Ricke Indriani dari Indonesia tetapi saya ubah suai mengikut selera saya setelah mencuba kedua2 resepi mereka. Mari kita semak resepi..jom  jom..



LIDAH KUCING PELANGI (RAINBOW CATS TOUNGE)

Ricke Indriani 
125 gm butter
125 gm margerine
160 gm gula halus
1 tsp vanilla
100 ml putih telur - room temp
200 gm terigu gandum (saya guna red rose)
50 gm tpg jagung
6 pewarna pelangi

Cara2 :
1. Panaskan oven 140-150C. Siapkan loyang dan greasekan.
2. Xampur & ayak tpg gandum & tpg jagung. Set aside
3. Beat Butter, margerine & gula halus sampai kembang putih. Mskkan vanilla dan kacau rata. Masukkan telur n kacau rata.
4. Masukkan tepung, kacau rata dengan low speed sehingga lembut.
5. Bahagi adunan kpd 6 dan warnakan. Masukkan ke dlm 6 piping bag dan bake 15-20 min.




Rima Singapore ( c&p dari bog dia)
Ingredients:
250g margarine - i used Buttercup
250g butter - i used SCS
350g caster sugar
500g flour (saya guna 400gm red rose + 100gm tpg jagung)
150ml egg white (saya guna 175ml or 175gm)
1/2 tsp baking powder (saya skip)
1/2 tsp lemon oil/extract
zest of one lemon (saya guna 1 tsp lemon paste)
6 different food colourings

Directions:
1. whisk butter, margarine and sugar till creamy
2. Add in egg white, lemon oil and also lemon zest and continue to mix
3. Add in sifted flour/baking powder and continue to mix
4. Divide batter into 6 parts
5. Colour each part according to ur preference.. place each part in piping bags
6. Pipe each colour onto cat's tongue mould
7. Bake it in a preheated oven of 150C for abt 20 mins - i used 140C and baked it for 15mins.. pls keep a look out on ur cookies as it will get brown easily
8. Once baked.. let it sit for 5 mins bef placing it on a wire rack.. cool and keep it in an air tight container.


Tips :
1. Untuk mendapatkan hasil kukis yang sedap dan rangup, gunakan campuran butter & marjerin dengan kadar nisbah 1:1.
2. Jangan bakar kukis ini pada suhu terlalu panas, kerana kukis akan menjadi hangit/gelap pada bahagian tepi tetapi bahagian tengahnya masih kurang masak. Seeloknya test bhgn belakang/bawah kukis. Jika ada bhgn yg bila ditekan dgn jari masih terasa basah/lembut, bermakna belum cukup masak. So, boleh rebake for 3-5 min.
3. Jika tidak ada loyang khas lidah kucing boleh juga memakai loyang biasa, tetapi jarak2kan sedikit  adunan semasa piping, kerana adunan akan mengembang nanti.


4. Untuk mengelakkan  kukis hancur semasa dikeluarkan dari loyang, tunggu hingga kukis sejuk sedikit, baru dikeluarkan dari loyangnya.

Selamat mencuba..
Tapi jika tak ada masa nak buat, boleh le order dengan saya kat Pesona Creations yerr....(019-22604100 / pesonacreation@yahoo.com)


Thursday, May 30, 2013

KLAPPERTAART - Si Puding Kelapa


Pertama kali melihat dessert nan satu ini di blog Ordinari Kitchen, hati terus jatuh cinta. Itu lah dia KLAPPERTAART atau bahasa mudahnya puding kelapa muda. Dessert ini sangat popular di Indonesia yang mengikut ceritanya adalah salah satu kuliner warisan Belanda.

Maka bermula lah misi mencari resepi dan banyaaak sangat yang di jumpai dan semuanya nampak sedap2 belaka. Tetapi dalam banyak2 tu, resepi klappertaart wilton ni la yang paling banyak dijumpai. Ia kemudiannya di modifikasi dengan berbagai perasa dan perisa sesuai selera.

Ada dua cara penyediaan puding ini, bake secara au bain marie dan juga ada yg tidak perlu di bake. Resepi yang saya nak kongsi kali ni adalah versi baking. Jom kita semak resepi dan cara penyediaannya.



KLAPPERTART WILTON
Sumber : Pennylane dan Ordinari Kitchen

1000 ml  fresh milk
250 gm gula halus (saya guna 200gm saja)
50 gm tepung gandum
50 gm tepung custard
50 gm tepung jagung
150 gm mentega
6 biji kuning telur
1 tsp esen vanilla
2-3 biji  isi kelapa muda - boleh lebihkan isi ni kalau suka  sbb lagi banyak lagi sedap
100 gr kenari/walnut (saya guna 50gm saja, selebihnya dibuat topping)

Topping :
6 biji  Putih telur
4 TBSP gula halus
2 TBSP tepung gandum
kismis direndam air hangat, peras dan percikkan vanilla
Almond slice/walnut secukupnya
serbuk kayu manis secukupnya

Cara2 :
1. Larutkan tepung gandum, T/custard dan T/jagung dengan 250 ml fresh milk. Pastikan tidak bergentel. Tapis dulu jika perlu. Ketepikan.
2. Panaskan 750 ml fresh milk dan gula pasir. Kacau rata sehingga gula larut dan susu mendidih. Gunakan api kecil sahaja.
3. Masukkan campuran susu dan tepung kedalam susu panas, kacau terus sampai mengental/pekat dan meletup-letup. Matikan api. Pastikan kacau sehingga ke dasar periuk ye untuk mengelakkan adunan berkerak. (Nota : Kacau adunan dalam satu arah sahaja, kalau kacau arah lawan jam.. teruskan sehingga adunan memekat dan tutup api)
4. Terus masukkan mentega, kacau rata.
5. Masukkan kenari/almond, kayu manis dan vanilla essence, kacau rata.
6. Masukkan kuning telur satu persatu.
7. Masukkan daging kelapa muda, kacau rata.
8. Masukkan adonan ke dalam aluminium cup/foil sampai ¾ tinggi. Bakar secara au bain marie/ steam bake selama 15 menit dengan suhu 160° sampai ½ matang/masak.

Penyediaan Topping :
Pukul putih telur dengan mixer sambil dimasukkan gula sedikit demi sedikit sampai jadi soft peak/stiff.
Masukkan tepung gandum dan kacau rata dengan spatula.
Masukkan campuran putih telur ini ke dalam piping bag dan pipekan keatas adonan yang ½ masak tadi sampai cukup tinggi (boleh aje dilebihkan sikit dari permukaan bekas atau cup kerana putih telur tadi akan turun sedikit selepas keluar dari oven)
Tabur serbuk kayu manis pada keseluruhan bekas/alum cup tadi dan hiasi dengan kismis dan almond.
Bakar lagi sampai toping berwarna kekuningan. Angkat dan dinginkan.

Makan semasa sejuk2 tu.. perghhh...terangkat beb...serius sedap giler... kena cuba buat dulu baru tahu kan..kan.


Thursday, December 13, 2012

Menuntut Ilmu

Asalamualaikum,
Walaupun sudah graduate dlm bidang ekonomi (chewaahh..perasan la plak).. tapi itu bukalah  penamat  untuk menimba ilmu lagi. Hatta ilmu memasak sekalipun. Kali ni "graduate" sekali lagi untuk kek rainbow a.k.a kek pelangi. Hehheehh. Dan wlaupun ambo hanya masak/baking untuk anak2/keluarga.. ambo tetap melabur sedikit wang untuk memastikan anak2 mendapat hasil masakan terbaik dari air tangan ambo. Ye lah.. yang beli  kat kedai tu.. beli la.. tetapi bila sesekali mama berilham dan berkreativiti, sudah tentu anak2 suka dan bangga.. ye dak. Masakan ibu lah katakan...

Ok, kali ini, saya belajar buat kek rainbow bersama Elliez dari Deheart Idealism. Memang la ada banyak resepi rainbow cake kat internet, tetapi pada saya, corat-coret tips dan rahsia menghasil sebiji kek yang sedap dan indah pada pandangan mata, haruslah berguru dengan yang pakar. Dan ini lah hasil pelajaran kami berempat hari itu. yang bawah sekali tu saya sertakan pic dari sifoo kek elliez. Kat situ ada nama blog dia, just incase untuk rujukan kepada sesiapa yang berminat nak belajar or join kelas beliau.




Sunday, December 9, 2012

Ayam Hutan Sambal

Salam bertemu kembali,


Sedap! itu sahaja yang boleh dikata untuk resepi kali ini, Ayam Hutan Sambal. Suami bawa balik 2 ekor ayam ini pemberian kawan beliau. Setelah mengoogle, jumpalah resepi ini. Puas hati masak penat2 kerana habis licin dimakan kami sekeluarga. Tak sangka cara masaknya yang simple memberikan hasil yang lumayan  buat tekak kita. Memang elok dicuba.. sebernanya tak kisahlah kalau guna ayam biasa pun. Jangan kisah sangat pasal nama ayam hutan tu ye..

AYAM HUTAN SAMBAL
Sumber : Yatie Memories

Bahan2:-
  • 1 ekor ayam dibuang kulit dan lemak, dipotong ikut suka
  • 2cm lengkuas, dititik
  • 2 batang serai, dititik
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Bahan kisar:-
  • 2 sudu makan penuh ketumbar biji
  • 2 sudu teh penuh jintan halus
  • 15 biji lada kering
  • 12 biji bawang merah
  • 8 biji bawang puith
  • 2cm kunyit hidup
Cara:-
  1. Gaul ayam yang telah dicuci bersih(Ayu cuci dgn air asam) dengan bahan kisar.
  2. Panaskan 1 senduk lauk minyak dan tumis serai & lengkuas hingga wangi.
  3. Masukkan ayam dan gaul rata. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau sehingga rata.
  4. Masak hingga ayam empuk dan kuahnya menjadi pekat.
  5. Taburkan gula dan garam secukup rasa.
  6. Enak disajikan dengan nasi atau roti.

Kek Coklat Kukus Sedap Dengan Deco Ruffles

Salam,

Kali ini melayan permintaan sikecil Amili yang saaaaaangat suka makan kek. Dia ni kalau boleh makan kek tiap2 hari je tau. Dan setiap kali buat kek, dia minta lilin dan tiup lilin sambil nyanyi lagu happy birthday. Lilin ni pulak akan ditiup berulangkali sampai la dia puas.. hmm.. hambik la mama nya... layan jangan tak layan..

Untuk kek ini, saya buat kek coklat lembap kukus to die for dari blog Azie Kitchen. Tetapi versi bakar sebab saya lebih suka kek yang dibakar. Manakala untuk deco saya gunakan buttercream bagi menambah seri untuk tatapan mata sikecil saya itu, kerana sememangnya dia meminati warna merah jambu.



Kek ini memang sedap. Kredit untuk tuan resepi yer. Alhamdulillah anak2 suka kan rasanya.
Jom semak resepi.


Kek Coklat Kukus Sedap
Sumber : Azie Kitchen

Bahan dimasak:
1 tin susu  cair
200 gm minyak sayuran
250 gm susu pekat
100 gm serbuk koko

Lain2 :
4 biji telur
250 gm gula kaster
150 gm tepung gandum
1sk soda bikarbonat
1 sk baking powder

Cara2 :
1. Campurkan kesemua bahan masak  dan masak dengan api perlahan sehingga licin.  Tak perlu sampai mengelegak. Angkat.
2. Pukul telur hingga kembang.
3. Tuangkan adunan yang dimasak ke dalam telur. Satukan adunan tadi dengan mixer. Akhir sekali, masukkan bahan kering sedikit demi sedikit sehingga sebati.
4. Masukkan ke dalam loyang yg di lapik dan diminyakkan. Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil. Minyakkan juga aluminium foil supaya tidak melekat di kek.
5. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
6. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing @ ganache.

Versi Bakar - bake pada suhu 170c sehingga kek masak (atau ikut oven masing2)

Untuk Chocolate Ganache :
3/4 cawan susu
1/3 cawan butter
8 oz chocolate chips

Cara :
Cairkan butter  dan masukkan susu. Panaskan di atas dapur tapi jangan sampai mendidih. Tuang ke atas coklat chips dan tunggu sekejap sehingga chocolate chips cair, kemudian dikacau rata. Boleh disapu pada kek yang telah disejukkan.

Buttercream :
250 gm shortening
200 gm krimwell
50 gm butter
250 gm icing sugar - ayak
2 tspn esen vanilla

Cara :
Beat shortening, krimwell & butter dengan medium speed sampai sebati dan nampak creamy. Perlahankan speed, masukkan gula icing sedikit demi sedikit sehingga habis. Lastly, masukkan esen vanilla dan pewarna pilihan.

Untuk tutorial cara deco ruffles ni, sila refer disini .
Selamat mencuba.

Durian Crepe

Salam buat semua,



Kali ni nak bercerita pasal durian crepe pula, kuih paling hangat dan sensasi serta paling popular mengalahkan artis paling popular Malaysia abad ini(haa tudiaaa...panjang plak mukaddimah..kekekee). Kerana minat sangat nak tahu pasal kuih nie, sanggup keluar belanja pergi belajar dan berguru. Hasilnya amatlah berpuas hati kerana kami sekeluarga sangat2 sukakan kuih ini.



Dalam pada buat untuk makan2 sendiri/keluarga, ada pulak yang berkenan tengok gambar yang saya post dalam FB. Tup2.. ada pulak yang nak order. Maka saya pun sahut lah cabaran itu dan bermulalah sesi meng"crepe". Alhamdulillah, dapat feedback yang positif.  Ok, jamu mata lagi...


Jika ada yang teringin nak rasa duriap crepe ni dan tiada masa or tak tahu nak buat, boleh le call/sms saya di 019-226-4100. Lokasi saya - Seksyen 13/Shah Alam. Serious buyer only (please) dan...dan  Self pick-up only (tak boleh nak deliver buat masa sekarang).
Harga : RM10.00 for 4 pcs
My FB : http://www.facebook.com/sharifah.daud.5