Salam,
Kali ini melayan permintaan sikecil Amili yang saaaaaangat suka makan kek. Dia ni kalau boleh makan kek tiap2 hari je tau. Dan setiap kali buat kek, dia minta lilin dan tiup lilin sambil nyanyi lagu happy birthday. Lilin ni pulak akan ditiup berulangkali sampai la dia puas.. hmm.. hambik la mama nya... layan jangan tak layan..
Untuk kek ini, saya buat kek coklat lembap kukus to die for dari blog Azie Kitchen. Tetapi versi bakar sebab saya lebih suka kek yang dibakar. Manakala untuk deco saya gunakan buttercream bagi menambah seri untuk tatapan mata sikecil saya itu, kerana sememangnya dia meminati warna merah jambu.
Kek ini memang sedap. Kredit untuk tuan resepi yer. Alhamdulillah anak2 suka kan rasanya.
Jom semak resepi.
Kek Coklat Kukus Sedap
Sumber : Azie Kitchen
Bahan dimasak:
1 tin susu cair
200 gm minyak sayuran
250 gm susu pekat
100 gm serbuk koko
Lain2 :
4 biji telur
250 gm gula kaster
150 gm tepung gandum
1sk soda bikarbonat
1 sk baking powder
Cara2 :
1. Campurkan kesemua bahan masak dan masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak perlu sampai mengelegak. Angkat.
2. Pukul telur hingga kembang.
3. Tuangkan adunan yang dimasak ke dalam telur. Satukan adunan tadi dengan mixer. Akhir sekali, masukkan bahan kering sedikit demi sedikit sehingga sebati.
4. Masukkan ke dalam loyang yg di lapik dan diminyakkan. Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil. Minyakkan juga aluminium foil supaya tidak melekat di kek.
5. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
6. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing @ ganache.
Versi Bakar - bake pada suhu 170c sehingga kek masak (atau ikut oven masing2)
Untuk Chocolate Ganache :
3/4 cawan susu
1/3 cawan butter
8 oz chocolate chips
Cara :
Cairkan butter dan masukkan susu. Panaskan di atas dapur tapi jangan sampai mendidih. Tuang ke atas coklat chips dan tunggu sekejap sehingga chocolate chips cair, kemudian dikacau rata. Boleh disapu pada kek yang telah disejukkan.
Buttercream :
250 gm shortening
200 gm krimwell
50 gm butter
250 gm icing sugar - ayak
2 tspn esen vanilla
Cara :
Beat shortening, krimwell & butter dengan medium speed sampai sebati dan nampak creamy. Perlahankan speed, masukkan gula icing sedikit demi sedikit sehingga habis. Lastly, masukkan esen vanilla dan pewarna pilihan.
Untuk tutorial cara deco ruffles ni, sila refer disini .
Selamat mencuba.

No comments:
Post a Comment