Sunday, March 20, 2011

Cheese Tart Lagi


Tak jemu betul buat cistart nie. Oleh kerana anak2 sukeeee sangat makan cheese tart ni, harus kena ulang masak. Selepas "graduate" belajar dari kakak ambo sendiri... ambo perturunkan ilmu kepada anak dara i. Yang sulung tukang sukat bahan, yang no. 2 & no.3, tukang buat tart shell...dan.. si bongsu pulak..tukang makan. Hemm..lengkap.

Kebetulan nak gi rumah adik bongsu di saujana impian, kajang. So, usung aje la benda ni ke sana, dapatla makan bersama adik beradik kat sana. For those yang nak cuba buat cheese tart ni, saya kongsikan resepi kat sini.

Blueberry Cheestat
Source : mrsnorhobi
Sweet Pastry
200 g butter
100 g gula aising
1/4 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
420 g tepung
1 sudu besar tepung susu

Cara-cara
1. Putar butter, gula icing,vanila hingga lembut dan tambahkan telur . Putar lagi hingga gebu.
2. Masukkan tepung dan tepung susu dan gaul sehingga sempurna.
3. Tekankan pastri manis ke dalam acuan tat. Tusukkan lubang di kulit pastri dgn garpu dan bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 15 minit atau sehingga kuning perang. Ketepikan.

* Tart akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar.

Cheese Filling
a.250gm cream cheese
b.150gm plain yogurt sejuk
c.susu pekat (sila adjust rasa ikut sedap)
d.3 sudu besar tepung jagung
e. 2 table spoon jus sunkist (optional)
f. Blueberry Filling secukupnya.
g. Piping bag

1.campur bahan a/b/c dalam mixer. mix until fluppy.
2. campurkan tepung jagung . adjust kepekatan
adunan. boleh omit sunkist sbb yogurt tu dah masam.
3. tutup adunan dgn kain muslin. biarkan pada room temperature for 1 hour.
4. pipekan dalam tart shell and bakar for abt 5 minutes. sejuk kan at room temp and then baru simpan dalam fridge 6 hrs.

Note : Untuk filling ni, boleh letak/ganti dgn lain2 filling mengikut selera anda.

2 comments:

MrsNor said...

sedapnyaaa...terliur ambo
ehhh besday party maisarah bila??

Shaz said...

beday sarah?..kalau tok silap, 26hb ni la. Wat parti hari ahad.