Friday, March 18, 2011

Ketupat Sotong


Ahaak. Cuti sekolah hanyalah seminggu, tapi penat layan permintaan selera anak2. Kali ni saya nak kongsi resepi kegemaran keluarga iaitu Ketupat sotong.  Makanan ini memang popular di tempat asal saya, Kota Bharu, Kelantan. Rasanya sangat sedap, maklum lah kombinasi pulut dan sotong berkuahkan santan pekat bersama manisan nira kelapa. Huh..sungguh harum semerbak bila di letakkan daun pandan. Saya sangat suka cium bau masakan ini sepuas hati dulu, baru saya makan. Pelik kan! tapi kalau tak caya cuba la masak dan amik bau nyer dulu...

KETUPAT SOTONG KOTA BHARU
Sumber : Mek ambo jer... Esahella.

Bahan2 :
10 ekor sotong bersaiz sederhana - bersihkan dan buang kulit
1 cawan beras pulut - basuh & rendam selama setengah jam dan toskan
2 cawan santan pekat
1 ketul manisan Nira kelapa (gula perang/gula melaka pun boleh juga) - diricik halus
3 sudu besar gula (tambah atau kurangkan ikut selera)
1 helai daun pandan
Secubit garam
Lidi @ pencungkil gigi secukupnya

Cara Masak
1. Isi kan sotong dengan beras pulut tetapi jangan terlalu penuh, tinggalkan ruang untuk di masukkan kepala sotong.
2. Masukkan kepala sotong dan pinkan dengan lidi/pencungkil gigi. Saya guna 2 lidi, cucuk memangkah di kepala sotong. Sila rujuk gambar sebagai contoh.
3. Bila dah siap diisikan semua beras pulut kedalam sotong, susun sotong ke dalam periuk. Masukkan santan.
4. Taburkan gula nira, gula & garam. Dan daun pandan.
5. Masak sehingga pekat. Siap..boleh hidang.


Hmm..kalau ada lebihan beras pulut tu, boleh le di masakkan bersama. Tapi seeloknya bungkus dalam daun pisang. Atau kalau tak ada daun pisang, daun pandan pun boleh. Bungkus kecil2 jer. Kalau beras pulut tu di tabur ke dalam periuk sebegitu aje, kuah akan jadi lebih pekat, which i don't really prefer, sebab nak makan kuah nya jugak..heheh. So, yang petang tadi dah habis di kerjakan anak2. I sempat merasa sekorrrr jer. Huhu..nasib tukang masak la.  

Pssss....pada yang takut manis tu...jangan risau. Sekali sekala je layan tekak.

No comments: