Thursday, January 27, 2011
Homebase Hamper Business
Kebelakangan ini semakin ramai orang yang mula menjual hamper dan gift basket terutamanya pada musim2 perayaan. Dan bila tiba musim raya, banyaklah website2 dan blog2 baru muncul yang menawarkan pebagai ilham dan kreasi terkini. Dalam masa yang sama juga saya menerima banyak panggilan dan permintaan untuk buat kelas hamper. Tapi dek kesibukan menguruskan rumahtangga (maklum lah... maidless) maka saya tak dapat nak melayan permintaan tersebut. Akan tetapi dapat jugaklah beberapa orang yang secara kebetulan memang rezeki mereka agaknya, belajar serba sedikit cara2 nak wrap hamper.
Jadi..adakah anda pernah terfikir untuk memulakan perniagaan hamper di rumah?
Di USA, bisness gift basket (kat sini, orang lebih suka sebut hamper) bernilai jutaan dollar. Masyarakat di sana khususnya syarikat2 korporat mahupun individu suka sangat suka meraikan dan menghargai seseorang dengan memberi hadiah berupa gift basket. Dan tahukan anda bahawa ramai homemaker terbabit dalam bisnes ini?
Terkini, sudah menjadi satu trend menjalankan perniagaan hamper secara online di rumah. Bagi yang mempunyai modal besar, mungkin boleh buka kedai(skala lebih besar). Berikut adalah sebab/alasan untuk memulakan bisnes homebased gift basket :
1. Setiap/semua orang adalah pelanggan.
2. Repeat and referral business. Pelanggan kembali membeli produk anda dan jika produk anda ada "kualiti" ...mungkin ada yang sudi recommand kan anda kpd kenalan mereka pula. (iklan free)
3. Modal permulaan yang rendah. Contohnya, tidak perlu modal deposit untuk sewa lot kedai, dll.
4. A home-based business bermaksud, hampir tiada kos overhead atau mungkin lebih rendah berbanding jika kita menyewa lot kedai dan ini semestinya memberi lebih keuntungan/profits!
5. Keseronokan. Homemade ideas..bererti anda bebas menterjemahkan apa sahaja idea kreativit minda anda untuk menghasilkan produk yang lebih baik dari pesaing anda.. "sky is your limit". Tentu seronok jika karya atau hasil kerja anda di hargai pelanggan anda bukan?
7. Masa adalah hak milik anda..
8. Semestinya ada juga membantu homemaker yang lain juga bukan?...contohnya para pembuat kuih-muih, cookies, kotak hadiah, bakul/basket dan lain-lain.
Sebenarnya ada banyak ilmu2 atau maklumat2 asas membuat hamper atau gift basket di internet. Banyak idea2 menarik mengenai cara membungkus/wrap hamper, gift box, item2 yang digunapakai, serta lain2 info.
So, itu lah serba sedikit info berkenaan homebase bisness hamper. Insyaallah, selepas ini saya akan share lebih banyak maklumat pada masa2 akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment