Friday, November 2, 2012

Popiah Nestum Horlik

Salam,
Cukup la  dok tayang gambar baby. Nanti ada yang bosan plak kan.
Jom cuci mata ngan krepek popiah nestum horlik ni..

 Saya bukan peminat nestum atau horlik. Tetapi bila 2 benda ni digabung dengan kulit popia ni, jadi sedap la pulak. Daripada suka2 buat pastu tayang gambar dalam FB, dapat job pulak.  Alhamdulillah. Jom tengok resepi dari izzah muffin lover. Terima kasih sudi berkongsi resepi. C&P resepi dari blog beliau.


POPIA NESTUM HORLICKS
Sumber - Izah Mufin Lover

Bahan2:
2 bungkus popia
1/2 cawan nestum*
1/2 cawan gula pasir*
1/3 cawan horlicks*
2 sudu makan tepung gandum+sedikit air,jadi paste)-untuk melekat popia
minyak secukupnya(dlm 3 cawan) untuk menggoreng

Cara:
1. Pisahkan kulit popia satu persatu
2. Gulungkan dan 'gam'kan hujungnya dengan paste tepung.
3. Setelah semua selesai digulung,gunting dalam 1 inci
4. Goreng sehingga bertukar warna kekuningan,angkat dan toskan
5. Kisar bersama bahan2 * menggunakan pengisar bahan kering  ===> Buat ini dahulu !!! ...keep in airtight tupperware
6. Gaul bersama bahan 4 bersama bahan kisar semasa masih suam.
7. Sejukkan sepenuhna sebelum disimpan di dalam balang
8. Enjoy!.. yummy..yumm..yumm

2 comments:

Sue @ Nenie said...

Salam Shaz..Pasal pertanyaan syaz berkenaan takoyaki tu (http://syurie.blogspot.com/2011/10/cakap-banyak-hari-khamisha-ha-ha.html?showComment=1349931730580#comment-c5997524890490645740), tu Sue kirim masa kawan sue outstation ke Japan.sekarang dia dah balik ke M'sia..Tapi klu berminat ngan pan takoyaki tu, Syaz boleh rujuk link ni (http://www.groupon.my/deals/national-deal/Solely-Online/716491864?utm_campaign=bigsale_standard&utm_source=bigsale&utm_medium=cpc) sekarang ada promotion..Tapi electric..Bolehlah cuba..Dan klu berminat boleh grap satu... Harap info ni membantu...

Shaz said...

Salam Sue, Tq for the info. Ada..ada nampak iklan tu jugak. Harap sempat grab. TQ again.