Thursday, April 7, 2011

Tiramisu


Bermula dengan adik ipar yang bawak balik sebekas tiramisu ke rumah, saya terus jatuh cinta pandang pertama seperti mana pertama kali tengok macaron suatu waktu dahulu. My SIL kata harga sebekas kecil tu (size bekas transparent 4 segi biassa kat kedai makan) ialah RM25.00. Oooh boleh tahan mahal jugak kek ni, mana tidak nya pakai creame cheese dan whipping cream. Kena pulak kalau pakai mascarpone cream cheese, perghh...lagi meriah rasa kat lidah dan anak tekak.

Dek kerana tak puas makan tiramisu nie, saya pon google la resepi kat internet. Alaaah..nowdays..bukan susah nak cari resepi kan?...ramai chef @ home blogger yang sudi berkongsi resepi ngan kita sume. Jadi...ini lah hasilnya mencuba resepi mummy-mummy blogger yang terror masak nie.

RESEPI TIRAMISU SIMPLE
Sumber Resepi Asal: MyResepi.Com
Nak tgk video cara2 nak buat Tiramisu..by Bateja.

Bahan2 :
  • 2 bungkus biskut tiramisu (nama omputih nya ..lady finger)... @ 1 bj kek span - apa2 kek pun boleh, 
  • 250 gm cream cheese (biar pada suhu bilik)
  • 200 gm whipping cream
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla (saya tambah sendiri sbb suka perasa ini)
  • 150 gm gula halus (lbh kurang 1/2 cwn)
  • 1 sudu nescafe
  • 1 cawan air panas 
  • Serbuk koko/coklat untuk hiasan
Ini rupa lady fingers. ada jual kat kedai bakery.

Cara Masak
  1. Pukul creame cheese till kembang dan masukkan whipping cream dan gula halus.
  2. Pukul lagi sampai gebu dan tiada sebarang ketulan pada adunan. Ketepikan.
  3. Bancuh nescafe dengan air panas.
  4. Celup biskut lady fingers ni ke dalam bancuhan nescafe tadi secara cepat. Jangan rendam sebab biskut ni snagat cepat meresap bancuhan necafe tadi. Boleh jadi lembik dan patah sebelum sempat masuk bekas/mangkuk. Boleh pakai mangkuk yang agak2 muat untuk isi 2 pack lady fingers.
  5. Susun biskut lady fingers menjadi satu lapisan. 
  6. Tuang sebahagian bancuhan cheese dan ratakan sampai menutupi lapisan lady fingers.
  7. Kemudian celup lagi biskut lady fingers dan susun sebagai lapisan ke dua. Kalau boleh dalam posisi/orientasi berlawan dari lapisan pertama. Maksudnya, kalau 1st layer di susun menegak, maka 2nd layer...susun melintang la pulak.
  8. Then, ulangi proses 6 sampai habis kesemua adunan dan biskut lady fingers.
  9. Jangan lupa...bahagian paling atas (top layer) mesti le di tutupi dengan bancuhan/adunan cheese. 
  10. Akhirnya, taburkan serbuk koko sebagai hiasan, tapi awas ye..biasanya serbuk koko ni pahit sikit. Boleh ganti serbuk coklat kalau suka.
  11. Sejukkan dalam peti sejuk selama sekurang2 nya 6 jam. Barulah best makan sejuk2. 

No comments: