Tetiba terjumpa majalah wanita lama dalam gerubuk comel ambo. Ada yang menarik nak dikongsikan iaitu bab petua untuk surirumah tangga...alaaahh bukan surirumah pun boleh gak sebab petua2 lama ni boleh digunapakai oleh sesiapa pun ..nak menyenangkan keje kita..ye dak?..jom tengok
1. Tip Mengurangkan bau PETAI
Wah...ini salah satu ulam feberet ambo, tapi bau nya ..makk aaai. Ok, cara nak atasi bau nya yang kaww...kaw tu, rendam petai yang telah di siap potong ke dalam air beras selama sejam. Pastu bersihkan seperti biasa sebelum makan.
2. Tip mengilatkan sudu garpu
Rendamkan sudu garpu dalam air asam jawa selama satu jam kemudian keringkan dengan menggunakan kain lembut. Bila dah kering, sapukan sedikit minyak masak dan jemur seketika. Selepas itu laplah sudu garpu anda dengan kain kering.
3. Cara Membersihkan perut lembu.
Untuk penggemar kerabu perut lembu, ini adalah berita baik. Susah juga nak cuci perut lembu ni..lebih-lebih lagi tang baunya super duper busuk tuuu. Caranya masukkan sedikit larutan air kapur(kapur sirih) ke dalam bekas basuhan perut lembu. Biar sekejap..pastikan kapur itu betul-betul larut. Selepas itu boleh di cuci bersih dan bilas dengan air putih bersih.
4. Memilih ikan yang segar
Bagi memastikan ikan yang dibeli segar, pastikan insang ikan masih merah atau mata ikan kelihatan jernih. Selain itu tekan sedikit daging ikan dengan jari. Ikan segar tidak akan meninggalkan bekas di tempat yang ditekan.
Sumber : Majalah mingguan WANITA edisi Julai 2010
Petua Bonda saya (Home grown petua)
Cara kurangkan pedas cili kering
Mek (emak) saya ni suka betul masak nasi lemak. Dan dia suka giling cili kering sendiri untuk buat sambal nasi lemak. Biasanya dia akan potong/gunting cili kering kecil2/halus2 kemudian rebus sekejap. Oleh kerana kekadang terbeli cili kering yang keringting halus, memang jenis yang pedas punya, mek saya akan masukkan sesudu atau 2 sudu CUKA MAKAN untuk kurangkan tahap kepedasan cili itu. Baru le cucu-cucu dia puji...sambal nenek ni best laaaa...nak tau sebab apa cucu2 dia cakap best?...sebab tak pedas sangat! baru le depa boleh makan bertambah sepinggan lagi. hehehe..
No comments:
Post a Comment