Friday, July 30, 2010

Bisness Kuih Raya


Salam sejahtera,
Lama betul blog ni tak de new entry. Banyak sawang la pulak. Sedar tak sedar, tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadan dan seterusnya hari raya aidilfitri.

Nampaknya suasana meriah ini bakal menjelang tidak lama lagi. Ia dihangatkan lagi apabila terdapat
beberapa pusat membeli belah sudahpun memainkan lagu raya...huh..awalnya. Baru bulan Syaaban.

Tapi u all  perasan tak kenapa mereka begitu awal memutarkan lagu-lagu hari raya?

Sebenarnya suasana hari raya di Malaysia adalah 'lubuk duit' bagi peniaga-peniaga ini.
Daripada pasaraya, peniaga jalanan, penjual pakaian, florist(kedai bunga), peniaga makanan di pasar ramadan, pembuat songkok, peniaga produk2 keagamaan dan termasuk juga tukang jahit sudah mula sibuk mengatur strategi bagi mengaut sebanyak mungkin keuntungan daripadda keghairahan berbelanja seluruh rakyat Malaysia ketika musim raya ini.

Tukang jahit? Oh..saya belum lagi tempah jahitan...sempat ke ni?

Di negara kita, ada satu budaya yang tidak terdapat di negara-negara lain iaitu kepelbagaian kuih raya.
Bagi mereka yang pernah tinggal di luar negara, pasti anda dapat membandingkan betapa berbezanya suasana hari raya di Malaysia dengan negara lain khususnya dari segi kepelbagaian kiuh muih yang dihidangkan ketika hari raya. Daripada kuih-kuih tradisional mahupun kuih raya moden, fenomena ini menambahkan lagi kemeriahan hari raya di negara ktia.

Tapi kalau u all perasan, ada satu perubahan yang sangat ketara dalam suasana hari raya yang berlaku di Malaysia sekarang ini.Masih ingat tak bagaimana suatu ketika dahulu, kita yang ketika itu masih kecil, pasti akan sibuk membantu mak, makcik, nenek, kakak didapur menyediakan kuih muih bagi menyambut hari raya. Seronok bukan?

Tetapi rasanya zaman tersebut sudah berlalu. Anak-anak, anak-anak saudara kita sekarang hanya mengadap saluran Astro Ceria 24 jam.

Manakala, kakak-kakak dan makcik-makcik kita tidak lagi sibuk didapur ketika musim daya. Sebaliknya mereka sudahpun berkerja bagi menampung kos hidup yang semakin meningkat. Dapur-dapur mulai sunyi daripada kemeriahan ketika musim raya.

Namun walau apa pun keadaannya dan bagaimana sibuk pun mereka, setiap rumah mesti menyediakan kuih muih di hari raya. Sebagai alternatifnya, dengan kuasa beli yang mereka ada, mereka akan membeli kuih raya 'ready made'.

Tahukah anda, peluang ini dah lama dicium oleh pengusaha-pengusaha kuih raya sejak sekian lama.

Salah seorang daripada mereka telah berani membuat satu pendedahan tentang rahsia pendapatan lumayan dari bisnes kuih raya sejak 10 tahun lalu melalui satu bentuk penulisan iaitu Ebook Rahsia Kuih Raya .

Beliau bukan sahaja membongkarkan teknik pemasaran kreatif yang beliau gunakan, tetapi juga disertai dengan 10 senarai kuih raya yang paling laris berdasarkan rekod jualan beliau sejak 10 tahun lalu. Bukan itu sahaja, resipi rahsia 10 kuih raya tersebut juga disertakan sekali bagi memastikan anda boleh mula buat duit sejurus membaca ebook beliau tersebut.

Apa kata u all baca sendiri apa yang ingin dikatakan oleh Puan Nor Azlina Sidek terhadap potensi pendapatan lumayan bisnes kuih raya ini.

No comments: