Sunday, December 9, 2012

Ayam Hutan Sambal

Salam bertemu kembali,


Sedap! itu sahaja yang boleh dikata untuk resepi kali ini, Ayam Hutan Sambal. Suami bawa balik 2 ekor ayam ini pemberian kawan beliau. Setelah mengoogle, jumpalah resepi ini. Puas hati masak penat2 kerana habis licin dimakan kami sekeluarga. Tak sangka cara masaknya yang simple memberikan hasil yang lumayan  buat tekak kita. Memang elok dicuba.. sebernanya tak kisahlah kalau guna ayam biasa pun. Jangan kisah sangat pasal nama ayam hutan tu ye..

AYAM HUTAN SAMBAL
Sumber : Yatie Memories

Bahan2:-
  • 1 ekor ayam dibuang kulit dan lemak, dipotong ikut suka
  • 2cm lengkuas, dititik
  • 2 batang serai, dititik
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Bahan kisar:-
  • 2 sudu makan penuh ketumbar biji
  • 2 sudu teh penuh jintan halus
  • 15 biji lada kering
  • 12 biji bawang merah
  • 8 biji bawang puith
  • 2cm kunyit hidup
Cara:-
  1. Gaul ayam yang telah dicuci bersih(Ayu cuci dgn air asam) dengan bahan kisar.
  2. Panaskan 1 senduk lauk minyak dan tumis serai & lengkuas hingga wangi.
  3. Masukkan ayam dan gaul rata. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau sehingga rata.
  4. Masak hingga ayam empuk dan kuahnya menjadi pekat.
  5. Taburkan gula dan garam secukup rasa.
  6. Enak disajikan dengan nasi atau roti.

No comments: