Thursday, March 17, 2011

Rendang Ayam


Dah lama benar tak masak rendang ayam. Tetiba hari ni telebih rajin dek kerana teringin nak makan masakan ini. Lagipun ada beberapa biji kelapa yang di beri oleh mak mertua, masih belum diusik, jadi memang elok benar dibuat projek rendang. Since anak-anak request nak rendang berkuah, so, rendang kali ni tidak le pekat kering. Untuk sesiapa yang teringin nak makan rendang buatan sendiri, boleh cuba resepi mudah ini.

RENDANG AYAM MUDAH
Sumber : ilham mama
Bahan Kisar (bumbu)
10 tangaki cili kering (2 sudu besar cili boh)
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas
2 batang serai
* Kisar semua bahan2 dan bersedia untuk menumis.

Rempah Ratus untuk menumis
2 inci kayu manis
3 bj buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
4-5 bj bunga cengkih
1.5 sudu besar serbuk kari ayam

Bahan Utama
300 gm ayam (agak je biasanya le 5-6 ketul)
70 gm kerisik (1-2 sudu besar)
200 ml santan pekat (kalau nak ada kuah, lebihkan kuantiti)
Asam Jawa secukupnya - 1 sudu besar
minyak masak secukupnya
sehelai daun kunyit -  Mayang/hiris halus
2-3 helai daun limau purut - Mayang/hiris halus
garam & gula secukupnya

Cara Masak
1. Panaskan minyak, tumis kayu manis, bunga lawang, pelaga & bunga cengkih.
2. Masukkan bahan yang di kisar dan kacau sehingga naik bau. Sementara itu, boleh ketuk sebatang serai dan masukkan kedalam tumisan.
3. Apabila bau tumisan sudah naik, masukkan serbuk kari dan kacau lagi.
4. Masukkan asam jawa, gula dan garam. Kacau sebati.
5. Bila dah hampir garing, masukkan ayam dan perlahankan api. Tutup periuk.
6. Biar seketika. Air ayam akan keluar dan rempah akan meresap ke dalam daging ayam, sekiranya kita perlahan kan api dan tutup periuk pada peringkat ini. Jangan lupa untuk periksa dan kacau ayam sekali sekala.
7. Bila ayam dah hampir separuh masak, masukkan santan. Kacau dan biar mendidih.
8. Masukkan kerisik dan biarkan kuah menjadi pekat atau mengikut selera anda.
9. Lastly, masukkan daun kunyit dan daun limau purut untuk menambah wangikan rendang.

Selamat mencuba...dan ghoyak/habaq la ko ambo hasil nya yer....

No comments: