Wednesday, January 26, 2011

Blogger mampu dapat RM 1 juta

Waaaahhh...menarik sungguh tajuk berita dalam Surat khabar Berita Harian beberapa hari yang lepas. Memang sangat2 menggujakan sesiapa sahaja terutamanya yang bergelar blogger. Manakan tidak, tanpa perlu penat keluarkan peluh..atau sekeping ijazah..sesiapa pun mampu berbuat demikian (kena usaha la jugak..)....kena perah otak le jugak.

Rasa bangga pun ada bila ada para blogger especially yang bergelar surirumah macam saya ni dapat menjana pendapatan dari internet. Hmm..pasti ini akan menjadi satu bentuk motivasi kepada semua kan?...so, bila le kita punya turn lak ekkk...insyaallah...

No comments: