Saturday, June 6, 2009

Menjana pendapatan pasif dari program affiliate

Salam semua,
Topik hari ini sedikit lari dari bab cupcake or craft xtvt. Secara tiba-tiba saya terbaca satu artikel berkenaan program menjana pendapatan pasif melalui internet marketing iaitu program affiliate. Saya rasa dah ramai pun tahu berkenaan perkara ini tetapi dlm masa yg sama saya rasa masih ramaiii lagi yang tidak tahu peluang menjana passive income ni. Sebagai suri rumah saya sangat2 berminat dengan program ini. Manalah tahu kan... leh berjaya cam org yg dah pernah cuba tu. No harm trying isn't. So, now saya masih mencari2 maklumat berguna yang saya boleh kongsi kepada anda semua.

Anyway, berikut ialah serba sedikit artikel yang saya petik dari affiliatejaya :

APAKAH PROGRAM AFFILIATE ?


Secara ringkasnya begini. Anda membawa seseorang (pelayar Internet) ke suatu website dan mereka ini membeli produk/perkhidmatan yang ditawarkan oleh website tersebut ataupun mereka ini 'sign-up' untuk sesuatu di website tersebut, maka anda dibayar komisyen. Mudah bukan?

Atau dengan lebih jelasnya begini.

Program Affiliate adalah suatu program perkongsian keuntungan yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat yang memasarkan produk/perkhidmatan. Anda akan dibayar komisyen jika berjaya 'menghantar' seseorang pelanggan ke syarikat tersebut sama ada secara online (Internet) ataupun offline!!

Insyaallah...saya akan kongsi lebih banyak maklumat jika berkesempatan. ..c you.

No comments: